Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Isu PTPTN, PH jangan ulangi kesilapan BN

Isu PTPTN, PH jangan ulangi kesilapan BN

MOHD ALI HASHIMMay 18, 2019 12:00 pm




Isu yang hangat diperkatakan berhubung pelbagai cadangan pro dan kontra membabitkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini harus ditangani dengan sebaik mungkin.

Malah ianya harus menjadi sempadan serta dijadikan panduan sebelum sebarang proposal melibatkan pelbagai sekatan dan tindakan yang akan diambil terhadap peminjam yang tidak dapat membayar pinjaman mereka.

Mustaqim Daud

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Persatuan Demi Rakyat Pulau Pinang, Mustaqim Daud ketika ditemui semasa menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Osman Pak di Sungei Nibong semalam.

Jelasnya lagi, isu PTPTN menyekat peminjam dari keluar negara dan menyenarai hitamkan mereka semasa zaman pemerintahan BN dahulu terbukti berjaya mempengaruhi sokongan rakyat sehingga menjatuhkan BN dalam pilihan raya umum yang lalu.

Oleh kerana itu ujarnya, pendekatan yang hendak diambil harus bijak dan tidak dilihat hanya dari pihak PTPTN semata-mata, sebaliknya juga dari pihak peminjam khususnya dikalangan graduan yang masih lagi menganggur dan berpendapatan kecil.

“Dulu BN melaung-laungkan sekatan dan halangan untuk peminjam PTPTN keluar negara.

“Kini timbul pula suara yang sama sepertimana yang diamalkan semasa zaman pemerintahan BN sebelum ini.

“Apa lagi dengan proposal yang melibatkan pembaharuan lesen mamandu, pasport, cukai jalan, lesen perniagaan dan seumpamanya, ” katanya lagi.

Menurut Mustaqim lagi, peraturan boleh diwujudkan bagi mendapat kembali pinjaman dari peminjam dengan pelbagai kaedah yang tidak membebankan mereka secara melampau.

“Cari resolusi yang tidak akan menimbulkan kebencian golongan muda tersebut kepada kerajaan walaupun ianya melibatkan pinjaman PTPTN.

“Lipatgandakan usaha bagi menyediakan peluang pekerjaan yang sebanyak mungkin agar lambakan lepasan universiti tidak menganggur dan mempunyai pekerjaan dengan pendapatan yang setimpal.

“Setelah mereka memperolehi pekerjaan dengan pendapatan yang menggalakkan sudah pasti ianya memudahkan cara untuk memperolehi kembali pinjaman samada melalui skim potongan gaji dan seumpamanya, ” tambah beliau lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

Terkini

Rakyat Kelantan bayar caj parkir lebih mahal dari Shah Alam

Rakyat biasa dikompaun tapi rombongan Muhyiddin, ahli Bersatu selamba ingkar SOP

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production