Malaysia Dateline

Isu Pulau Batu Putih: PH tak sembunyi sebarang rahsia pun

Isu ini nampaknya tiba-tiba timbul kembali.

Agak lucu bila ada MP parti ehem dilapor oleh media rasmi parti depa mengulas isu tersebut di bawah tujuk berita ini ” Pulau Batu Putih : Apa rahsia yang disembunyikan PH?”.

 

Beginilah YB. Tak ada sebarang rahsia pun yang PH sembunyi.

Isu ini, orang putih habaq, YB ” is an open book!”.

Truth be told the issue has never been shrouded in any mystery YB! ”

Jujurnya, saya tak pasti adakah YB benar-benar hadam isu ini sebelum YB ulas dalam media parti ehem.
Andaikata YB hadam dan faham, adakah ianya sebuah kefahaman yang betui?

Anyway isu ini, seperti yang YB mungkin sedaq, agak technical juga jika mengambil kira ianya melibatkan isu perundangan dan lebih parah lagi ia melibatkan perundangan antarabangsa.

YB parti ehem ini juga dilapor setuju dengan keputusan Gomen Tebuk Atap Gagal 2.0 tubuh pasukan petugas khas berkenaan isu ini yang dipengerusikan oleh mantan AG.

Saya tidak pasti adakah YB tersebut sedar ada peguam yang mempertikaikan pelantikan mantan AG itu bagi mempengerusikan pasukan petugas khas tersebut atas alasan antaranya, wujud konflik kepentingan ( conflict of interest).

Anyway, kes ini juga kini menjadi “subject matter” litigasi di mahkamah kerana ada saman yang telah difailkan ke atas Gomen.

Dan yang terbaru Gomen- melalui Pejabat AG- telah memfailkan Pembelaan ( Defence ).

Dalam laporan media, khabarnya dalam Defence itu, gomen ada sebut nama saya iaitu depa quoted jawapan rasmi saya dalam Dewan Negara masa isu ini ada dibangkitkan oleh senator di Dewan Negara.

Justeru itu, bagi mengelakkan isu “sub-judice”, saya rasa tak perlulah saya pi syarah panjang-panjang di sini “though i am tempted to do so” untuk nak bagi parti ehem benar-benar faham dan hadam isu ini.

والله اعلم