Isu rakyat tidak berwarganegara langkaui kaum amat serius perlu ditangani kerajaan

Isu rakyat tidak berwarganegara langkaui kaum amat serius perlu ditangani kerajaan

Ahli Parlimen Setiawangan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, isu rakyat tanpa kerakyatan amat serius di negara ini yang perlu diambil serius pimpinan kerajaan hari ini.

Beliau berkata masalah tiada kerakyatan ini berpunca daripada pelbagai faktor yang gagal ditangani oleh kerajaan sebelum ini.

“Isu rakyat tanpa kerakyatan (statelessness) serius di Malaysia.

“Isu ini dihadapi oleh pelbagai kaum di Semenanjung, Sabah dan Sarawak disebabkan banyak faktor,” ujarnya dalam kenyataannya.

Nik Nazmi yang juga Ketua AMK pernah membangkitkan isu sama pada 2012 dan melakukan protes di Putrajaya ketika negara di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) berkata, masalah tiada kerakyatan bukan lagi harus ditangani sebagai isu kaum semata-mata tetapi ia sebenarnya isu Malaysia.

Antara situasi rakyat negara ini yang gagal memasuki alam persekolahan kerana menghadapi masalah dokumentasi kerakyatan mereka.

“Ia tak harus ditangani sbg isu kaum tetapi isu Malaysia.

“Sebagai wakil rakyat saya pernah tangani isu yang melibatkan kaum India terutamanya yang lahir di dalam estet yang berhadapan isu ini.

“Di Setiawangsa saya terima isu libatkan anak Sabah yang mana semua saudara-maranya dapat Kad Pengenalan biru tetapi beliau hanya ada surat beranak tanpa Kad Pengenalan biru atau merah.

“Macam-macam isu timbul sekarang apabila beliau berkahwin dan dapat anak,” ujarnya lagi.

Nik Nazmi berkata sistem yang dikendalikan oleh agensi berkaitan perlulah selari bagi memastikan hak yang termaktub dalam Perlembagaan terpelihara dan perlu ada sedikit elemen kemanusiaan untuk memberikan kelonggaran dalam mendapatkan kerakyatan.

“Bayangkan tanpa dokumen asas sebagai warganegara, mereka sukar bersekolah mahupun mendapat faedah dan pembelaan sebagai warganegara Malaysia sedangkan mereka lahir di sini.

“Marilah kita lihat isu ini dari kanta sebagai manusia dan rakyat Malaysia, bukan mana-mana kaum,” ujarnya.

 

5.0
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 1.0