Malaysia Dateline

Isu RMT: Hanya guru besar berintegriti, amanah akan dilantik

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan lebih tegas dalam pemilihan dan pelantikan guru besar agar isu penyelewangan dana Rancangan Makanan Tambahan (RMT) oleh guru besar tidak berulang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata hanya mereka yang berintegriti, amanah dan layak akan dilantik sebagai guru besar dan ia antara enam langkah yang diambil oleh KPM.

“KPM juga menambah baik Surat Pekeliling Kewangan dari semasa ke semasa, membekalkan Buku Panduan Pengurusan Program RMT ke sekolah, mewujudkan proses pemantauan, pelaksanaan audit dan pendedahan awal kepada bakal guru besar,” katanya.

— BERNAMA