Malaysia Dateline

Isu Rohingya: 68 Ngo rayu hentikan kebencian, perseteruan

68 Ngo di Malaysia hari ini memanjangkan memorandum kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhiyddin Yassin berhubung isu pelarian di negara ini khususnya Rohingya.

Ngo ini yang turut serta mengajak rakyat Malaysia agar memelihara persaudaraan pada bulan mulia ini serta menghentikan kebencian dan perseteruan di saat negara sedang bertungkus lumus mengekang wabak COVID-19.

Isi memorandum antaranya;

1. Kami memberi perhatian serius mengenai keadaan dan nasib pelarian yang kini tersepit oleh wabak Covid-19 di Malaysia dan juga diseluruh dunia. Dikala semua negara yang terkesan dengan pandemik ini terpaksa memberi perhatian kepada rakyat masing-masing dari segi bantuan dan rawatan kesihatan, golongan pelarian terbiar, malah sentimen membenci pelarian kini mulai tercetus tanpa mempertimbangkan nasib mereka yang semakin parah. Pihak Badan Kesihatan Dunia (WHO) malah mengingatkan malapetaka besar akan menimpa kem pelarian jika bantuan tidak disalur kepada mereka.

2. Kami menggesa atas nama Islam dan kemanusiaan sejagat, bersama semangat dan ruh Ramadhan Kareem, supaya kempen menimbulkan sentimen kebencian kepada komuniti pelarian yang semakin berleluasa oleh pihak tertentu di Malaysia hendaklah segera dihentikan. Kami kesal kini ujud kempen yang mengguna maklumat tidak berasas, diputar belit dan menambah-nambah maklumat yang sengaja menimbul kebencian kepada satu-satu komuniti pelarian. Malah ada yang sanggup menulis mengenai sejarah yang salah dan tidak berasas mengenai etnik yang ditindas serta bersekongkol dengan regim penindas yang memang mahu memburukkan dan menjustifikasi jenayah genocide dan penghapusan etnik yang telah dilakukan berpuluhan tahun lamanya.

Malah kami kesal berleluasanya posting diakhir-akhir ini dalam media sosial yang mengguna kata-kata keras dan bertentangan dengan akhlaq Islam bila menularkan pandangan terhadap pelarian. Sudah tentu ini bukan nilai kesopanan dan ketatasusilaan yang dipegang oleh rakyat Malaysia.

Sesungguhnya prinsip Islam sangat jelas mengenai membantu orang yang dizalimi :

” Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”. (Al-Maidah : 2)

Dari Asma bt Yazid dari Nabi SAW bersabda: ” Barang siapa yang tidak mahu menolong saudaranya yang sedang dihina orang disisinya pada hal dia mampu menolongnya nescaya akan dihina dia oleh Allah ditengah-tengah khalayak ramai pada hari kiamat”. (HR Tobrani No: 19916)

3. Kami berpendapat adalah tidak wajar sentimen mengutuk dan mencetuskan kebencian yang tidak benar disebarkan sehingga komuniti pelarian menjadi mangsa prasangka dikalangan masyarakat tempatan.

Kami menyeru mereka yang ghairah dengan menyebar kebencian , merujuk kepada perintah Allah:

” Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan ” ( Surah Al Maidah : 8 )

4. Kami percaya nilai Ramadhan yang sewajarnya mendidik dan menginsafkan semua atas nama persaudaraan Islam dan mengambil petunjuk dari Al Quran dan As Sunnah seharusnya menjadi asas kepada apa sahaja sikap dan tindakan mereka yang mengakui diri sebagai Muslim.

Kami kutip beberapa klausa Khutbah Wida’ Rasulullah s.a.w pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah? Baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir itu ialah:

“…..Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu……”

” …….Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh….”

“….Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan…… Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku……”

5. Kami menasihatkan kepada semua bahawa isu pelarian ini adalah isu global yang sedang ditangani oleh badan antarabangsa seperti PBB yang memberi mandat kepada agensi antaranya UNHCR dan UNHRC , WHO , WFP untuk menangani jutaan pelarian di negara berkonflik.

6. Kami juga menarik perhatian kepada semua warga rakyat Malaysia kepada komitment Malaysia yang selama ini berusaha membantu pelarian yang datang dari pelbagai negara atas dasar kemanusiaan dan hak perlindungan mangsa konflik. Selama ini sifat kemanusiaan Malaysia terus ditunjukkan dengan melibatkan kerjasama antara kerajaan , Ngo dan dan agensi antarabangsa.

7. Malah OIC, yang Malaysia adalah negara anggota yang aktif dan berperanan besar, juga telah mengeluarkan resolusi mengenai mangsa pelarian dikalangan umat Islam yang memerlukan bantuan kemanusiaan.

Mengikut pernyataan khas mengenai umat Islam Rohingya jelas kesepakatan negara-negara Islam disuarakan dalam dokumen berikut : OIC Statement at the 68th Session of the Executive Committee of the UNHCR. Geneva, 2-6 October 2017,

“…..OIC countries, as the entire international community, are very much concerned by the crisis unfolding in the Rakhine State in Myanmar. This crisis has generated thousands of forcibly displaced persons. The figures and the speed of the flows are alarming.
This crisis is the result of decades of denial of citizenship to the Rohingya Muslim community and the consequences of multiple restrictions, including freedom of movement and a policy of systematic discrimination…”

” The OIC has continuously worked with the UNHCR in addressing the refugee crises in view to providing dignified and sustainable response to their sufferings”.

” As it was expressed by many countries, predictibility, solidarity, respect for the human dignity, equitable burden sharing, humanitarian development nexus, are key in our common endeavor to alleviate the sufferings of refugees.

” OIC is in line with the vision developed by the UN Secretary General on Prevention as an essential element to avert conflicts and possible humanitarian crises.

OIC appreciates also the fact that the NY Declaration on Refugees and Migrants strongly condemns xenophobia against refugees and migrants and advocates for a global campaign to counter it.
Indeed, negative political discourses grounded on people’s fears and exploitation of the economic slowdowns and the promotion of restrictive measures against refugees and migrants contribute dangerously to create barriers among cultures and civilizations.”

8. Dalam kes etnik Rohinya keadaan mereka lebih rumit kerana mereka tidak memiliki kerakyatan akibat dibatalkan oleh regim Myanmar pada 1982. Kini mereka tidak dapat merujuk kepada mana-mana kedutaan untuk meminta bantuan kerana mereka tidak punya kewarganegaraan.

9. Kami mengambil maklum bahawa semua negara penerima pelarian memang merasa terbeban dengan kedatangan pelarian. Negara Islam seperti Turki terpaksa menanggung lebih 3 juta pelarian Syria. Malah negara kecil seperti Lebanon menerima tidak kurang 1 juta pelarian Syria dan Palestine.

Bebanan ini pasti merumitkan negara penerima . Akan tetapi sebagai negara Islam, jalan yang terbaik ialah berusaha agar perkara asas untuk mereka dilindungi untuk sementara waktu sehingga penyelesaian dapat dicari untuk mereka kembali ke tanah asal setelah mereka diberi jaminan keselamatan oleh negara mereka sendiri dan badan antarabangsa. Kami percaya semua pelarian ingin kembali ke tanah air masing-masing.

Isu yang dibangkitkan mengenai budaya hidup pelarian dari pelbagai negara yang tidak sesuai dengan budaya tempat hendaklah diterima dengan berlapang dada disamping berusaha mendidik mereka agar memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya tempatan.

10. Malaysia telah menjadi negara pilihan terutama dikalangan pelarian Muslim. Ini adalah beban yang diterima sejak 1970 an lagi. Sehingga hari ini Malaysia memilih tidak menjadi penandatangan kepada Refugee Convention 1951 atau Geneva Convention on Refugees. Walau bagaimanapun Malaysia telah memberi banyak bantuan kepada pelarian. Kami berpendirian sikap Malaysia dan komitmen Malaysia membantu pelarian perlu diteruskan.

Oleh yang demikian kami menyaran kepada pihak Kerajaan:

1. Perbincangan khusus dengan UNHCR dan agensi UN yang lain untuk melihat mandat yang ada kepada badan-badan tersebut supaya dapat bekerjasama dengan Malaysia dan Ngo tempatan mencari penyelesaian kepada pelarian yang ada di Malaysia.

2. Dalam mengendalikan kes kedatangan pelarian diperairan Malaysia pertimbangan kemanusiaan hendaklah diutamakan. Setiap situasi hendaklah dipertimbangkan mengikut kes bagaimana keputusan diambil untuk mengendalikan mereka yang telah masuk kedalam perairan Malaysia.

3. Malaysia perlu mengaktifkan semula gesaannya supaya Asean dan UN mengambil inisiatif tegas secara kolektif untuk menyelesaikan isu pelarian Myanmar yang melimpah ke negara jiran. Myanmar perlu ditekan supaya warga Rohingya diterima semula dan kewarganegaraan mereka dikembalikan untuk memboleh mereka kembali ke tanah air mereka.

4. Pelarian yang ada di Malaysia perlu dikendalikan dengan secara berperikemanusiaan. Satu reformasi kerangka polisi migran yang baharu dan jelas kearah menjaga hak asasi pelarian perlu digubal segera . Dalam masa yang sama menguruskan pelarian dengan cara yang sistematik perlu dirangka agar mereka boleh menyumbang kepada tenaga kerja Malaysia secara sah dan atas dasar kemanusiaan akses untuk mendapat kemudahan asasi seperti pendidikan, khidmat kesihatan serta keselamatan dapat dijamin.

5. Dalam keadaan wabak Covid-19, pelarian hendaklah dikendalikan dengan pertimbangan bahawa mereka tidak termasuk dalam sebarang bantuan kerajaan. Oleh kerana mereka dikehendakki patuh kepada KPK, sedangkan mereka tidak punya sebarang akses pekerjaan dan pendapatan untuk meneruskan survival kehidupan seharian, pihak kerajaan perlu bekerjasama dengan Ngo dan pihak UNHCR untuk membantu mereka bagi mendapat makanan asas. Hampir semua pelarian terpaksa hidup bersempit dalam rumah yang disewa, dan kini mereka berdepan dengan masalah dihalau oleh tuan rumah kerana tidak menjelaskan sewa sedangkan pelarian sudah hilang punca pendapatan.

6. Pihak keselamatan perlu bertindak keatas mana-mana pihak yang menimbulkan ketegangan awam seperti mengugut bunuh atau mengancam untuk melakukan jenayah keatas seseorang atau satu kelompok, yang bertentangan dengan undang-undang negara. Sebarang tindakan diluar undang-undang yang bersifat jenayah hendaklah diambil tindakan tegas.

7. Pihak keselamatan perlu memberi perhatian lebih serius terhadap sindiket pemerdagangan manusia yang melibatkan orang luar dan orang dalam. Pelarian kerap menjadi mangsa kepada sindiket yang maseh beroperasi di sempadan negara.

Kepada rakyat Malaysia, kami mengesa :

1. Hentikan prasangka kepada pelarian sebagai Muhajirin. Semangat persaudaraan Islam dan kemanusiaan perlu diutamakan berdasar prinsip Islam.

2. Hentikan penyebaran maklumat palsu yang menimbulkan fitnah dan menganiaya komuniti pelarian. Sebarang tuduhan liar yang ditular tanpa bukti yang jelas bukan sikap masyarakat Islam khasnya dan masyrakat Malaysia amnya . Jika didapati palsu dan boleh menimbulkan ketegangan awam pihak berkuasa perlu mengambil tindakan undang-undang berdasarkan peraturan negara di bawah SKMM.

3. Hormati hak hidup pelarian supaya mereka dapat hidup pada kadar minimal dan bermaruah di negara yang mereka tumpangi sementara sehingga keadaan mengizinkan mereka pulang ke tanah air.

4. Patuh kepada undang-undang negara agar tidak mencetuskan suasana yang mengugat kestabilan awam. Rakyat Malaysia perlu mengelak dari mengambil undang-undang ditangan sendiri. Sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang hendaklah diserah kepada pihak keselamatan untuk menangani sebarang kes khusus yang timbul.

1. Mohd Azmi Abdul Hamid ,
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM)

2. Datuk Seri Ahmad Awang,
Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia Pertahan Masjid Al Aqsa (MANAR)

3. Datuk Wira Abdul Ghani Samsudin ,
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia(SHURA)

4. Mohideen Abdul Kader ,
Pengarah Citizens International

5. Muhammad Faisal Abdul Aziz,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

6. YB Ahmad Tarmizi Sulaiman ,
MP Sik / Pengerusi Yayasan Isra’ Malaysia.

7. Ahmad Farhan Rosli
Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

8. Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin
CEO, Global Peace Mission

9. Pastor Joshua Hong
President of Association of NextGen Christians of Malaysia (ANCOM)

10. Jason Leong
Advisor to Association of NextGen Christians of Malaysia (ANCOM)

11. Jamaludin Samsuddin
CEO Allied Cordinating Committee of Islamic Ngos (ACCIN)

12. Al-Hidayah
(Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia)

13. Al-Hunafa
(Persatuan al-Hunafa’)

14. Darul Fitrah
(Persatuan Darul Fitrah)

15. Darussyifa’
(Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia)

16. GEPIMA
(Pergerakan India Muslim Malaysia)

17. GUN
(GLOBAL UNITY NETWORK)

18. IIS
(Islamic Formation & Services Foundation)

19. IKRAM
(Pertubuhan IKRAM)

20. IMAN
(Interactive Muslimah Association)

21. IPSI
(Islamic Propagation Society)

22. ISMA
(Ikatan Muslimin Malaysia)

23. Jam’iyah
(Persekutuan Seruan Islam Selangor & W.P)

24. MACMA
(Malaysian Chinese Muslim Association)

25. PERKIM
(Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia)

26. PPMM
(Persatuan Peguam Muslim Malaysia)

27. PUM
(Persatuan Ulama’ Malaysia)

28. RICOI
(Research and Information Centre on Islam)

29. Hj Nazari Sahat
Pengerusi Gabungan Pengerak Malaysia.

30. Syed Syekh Al Attas,
Presiden (SEJAGAT)

31. Dr Khairudin Dato’ Malik,
Pengerusi Jaringan Muafakat Ngo Islam Perak.(JAMAIY)

32. Dr. Abdullah Sudin,
Presiden HALUAN

33. Dr Daud Sulaiman
Presiden Malaysia Relief Agency (MRA)

34. Mohd Nasir Zakaria
Pengerusi Ummah Care

35. Prof Madya Dr Roslan Mohd Nor,
Setiausaha Agong Persatuan Ulama Malaysia(PUM)

36. Datin Aminah Zakaria ,
YDP Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia(SALIMAH)

37. Mohd Panji Persada Islam,
Pengerusi Majlis Angkatan Perpaduan Islam

38. Shamsul Kamal Idris ,
Setiausha Association for Muslim Minority Research and Advocacy(AMMAR)

39. Johan Arif Ismail,
Pengarah International Relief and Humanitarian Outreach (IREACH)

40. Rozaidi Taib,
Kordinator Wakaf Al Aqsa

41. Fadhil Yusni
Setiausaha Malaysia Kashmir Youth Movement(MKYM)

42. Dr Umai Kalsom ,
Pengerusi Baitul Latif Social Service (BLESS) Kedah

43. Salman Siddiqiy Mohd Azmi,
Mudir Baitul Hikmah, Kedah

44. Prof Madya Zazawi Ahmad ,
Pengerusi Eksekutif Kolej Islam Darul Ulum, Kedah (KIDU)

45. Mohd Amin Ismail,
Pengarah Pusat Dhuafa Sejahtera , Kedah

46. Dr Kamari Kasan ,
Setiusaha Agung Gerakan Kepenggunaan Masjid (GEMA)

47. Hj Badaruddin Dawam ,
Pengerusi Persatuan Dhuafa dan Pengupayaan Masyarakat. (PEDULI)

48. Mohd Hakim Mohd Nor
Presiden Serantau Muslim

49. Sabaruddin Abdul Rahman
Pengerusi Ikatan Muhibbah India Muslim

50. Dhajudeen Shahul Hameed
President PERMIM

51. Razali Bin Mohd Yusof
Pengerusi PPMM

52. Haja Najmudeen Abd Kader
Presiden Liga Muslim Pulau Pinang

53. Mohamed Rizwan bin Abdul Ghafoor khan
Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia (INCOM)

54. Hj Mohamed bin Oli Mohamed
Presiden Persatuan Muslim India Kelantan (KIMA)

55. Hj Ahmed Vs Seeni Madar
Presiden Muslim League Kedah

56. Syed Osman Bin Mohamed
Presiden GEPIMA

57. Tuan Rabbu Bin Ibrahim
Presiden , Persatuan Indian Muslim Melaka (PIMM)

58. Daud bin Vali Mohamad,
YDP Pertubuhan Muslim League , Daerah Kuala Muda,Sungai Petani,Kedah

59. Abdullah Mohd Nor
Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu P.Pinang

60. Zulkifli Ibrahim
Pengerusi Masjid Muhammad Fateh , Ipoh

61. Mohd Fadli Salleh,
Pengerusi Dana Kita

62. Hj Mohd Ali Hj Mohd Yusof,
Pengerusi Masjid Jamek Sg Gelugor P.Pinang

63. PIM
(Pertubuhan Iqra’ Malaysia)

64. Mohd Hezri Izmir,
Pengerusi Komuniti Pemandu eHailing Penggerak Malaysia

65. Sukmamurni Abdul Manaf
Presiden, Pertubuhan Pembangunan & Inovasi Wanita

66. Puan Hajah Wan Lotfiah Abd Latif,
Timbalan Presiden, Majlis Rohingya Malaysia

67. Yayasan Amal Malaysia

68. Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (INSAN CARE)