Malaysia Dateline

Isu senjata nuklear, AS mungkin perketat sekatan terhadap Korea Utara

Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), John Bolton berkata negaranya akan meningkatkan sekatan terhadap Korea Utara jika Pyongyang enggan menamatkan program senjata nuklearnya, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam temu bual dengan FOX Business Network, Bolton berkata AS masih menunggu sama ada Korea Utara akan mengotakan janjinya.

“Kalau mereka enggan melakukannya… sekatan akan diperketatkan lagi dan kita lihat nanti siapa sebenarnya yang rugi,” katanya.

Sidang kemuncak kedua antara Presiden Donald Trump dan pemimpin tertinggi Korea Utara. Kim Jong Un di Hanoi pada 27 hingga 28 Februari lalu berakhir tanpa sebarang kata sepakat.

— BERNAMA