Malaysia Dateline

Isu tak cukup baki 5 sen – Bekas juruwang ini ‘ajar’ cashier berani melawan, jangan bebankan pembeli

Isu juruwang tak cukup duit baki 5 sen hingga mengundang rasa tidak puas hati pembeli tidak timbul jika ‘cashier’ sendiri berani bersuara kepada pihak atasan.

Seorang bekas juruwang memberitahu pihak pengurus sepatutnya bertanggungjawab menyediakan wang 5 sen yang mencukupi.

Katanya, bukan tanggungjawab seorang juruwang untuk ‘menyerap’ duit walaupun sesen jika pihak pengurus atau area manager gagal berbuat demikian.

“Sebagai bekas cashier aku akan biarkan short. Bila manager tanya, aku akan cakap kedai ni tak sediakan duit 5 sen, jadi aku takkan tanggung walaupun sesen.

“Tugas money management bukan tugas staf tapi manager, area manager,” tegas seorang pengguna Facebook, Zachary.

Reaksi beliau susulan perkongsian seorang pelanggan di ZUS Coffee yang dikenali sebagai Fdaus Ahmad yang tidak berpuas hati apabila juruwang memberitahu tiada duit 5 sen untuk dipulangkan.

“Kalau tak ada 5 sen, kau kena bagi aku 30 sen, bukan 20 sen. Kenapa pulak aku kena absorb hilang 5 sen sebab kau yang tak ada baki?” katanya menceritakan kembali hujahannya kepada juruwang terlibat.

Susulan itu, sebahagian warganet yang menyokong pendirian Fdaus bersetuju bahawa juruwang perlu menjelaskan situasi sebenar kepada bos mereka berhubung masalah tidak cukup duit baki kepada pelanggan.

Dalam masa sama, pelanggan juga perlu memanfaatkan kaedah bayaran secara atas talian bagi mengelak masalah tidak puas hati dan keuntungan di pihak syarikat.

Sementara itu, juruwang pula tidak harus terlalu ‘terikat’ dengan alasan mahu mengelak ‘short’ hingga menafikan hak pelanggan untuk memperoleh baki 5 sen.

“Sebenarnya, tiada masalah besar pun kalau dia short setakat 5 sen tu, company tak tolak pun gaji cashier, setakat bawah RM1 tiada masalah,” kata warganet.

Baca juga Bayangkan kalau pembeli yang cakap – ‘Maaf, tak cukup 5 sen’

Baca juga 10 tahun bercinta, Raysha Rizrose mahu bersedia sebelum ke fasa seterusnya