Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Isu terowong: Guan Eng peroleh penghakiman ingkar terhadap Raja Petra

Isu terowong: Guan Eng peroleh penghakiman ingkar terhadap Raja Petra

BernamaFebruary 28, 2020 7:29 pm




Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng hari berjaya dalam saman fitnah terhadap blogger Raja Petra Raja Kamarudin yang membabitkan beberapa siri artikel mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Ini kerana bekas ketua menteri Pulau Pinang itu memperoleh satu penghakiman ingkar terhadap pengendali portal berita online, Malaysia Today.

Peguam Lim, Kok Yuen Lin memaklumkan pemberita bahawa keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rohani Ismail dalam kamar.

Kok berkata Rohani membuat keputusan itu selepas blogger tersebut tidak menentang saman berkenaan dan mahkamah akan menaksir jumlah ganti rugi yang akan diberikan kepada Lim kemudian.

 Pada 6 Sept tahun lepas, Lim memfailkan saman fitnah berhubung beberapa siri artikel “Dari Fail SPRM” yang disiarkan Malaysia Today dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia antara 24 Feb hingga 15 Mac 2019.

Artikel yang didakwa memfitnah itu berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu dakwaan rasuah dalam projek infrastruktur di Pulau Pinang.

Lim menuntut ganti rugi teladan atas alasan Raja Petra mendapat keuntungan daripada jumlah pembaca yang ramai bagi semua artikel.

Beliau juga menuntut permohonan maaf di halaman muka depan akhbar dan satu perintah injunksi untuk menghalang blogger itu daripada mengulangi dakwaannya.

Setiausaha Agung DAP itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan penghakiman ingkar selepas Raja Petra gagal memberikan maklum balas terhadap notis saman yang diiklankan Lim melalui 3 akhbar pada 10 Feb tahun ini.

Sebelum itu, Lim cuba menyerahkan writ saman dan penyataan tuntutan kepada Raja Petra melalui perkhidmatan peribadi di alamat terakhirnya yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya namun gagal

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production