Malaysia Dateline

Isu Wang RM42 juta dalam akaun Najib – Part 4

1. Pinjaman RM4 bilion yang dipohon oleh SRC kat KWAP tidak mungkin dapat diluluskan dan diberikan kepada SRC jika tidak kerana kewujudan dua Jaminan Kerajaan – Goverment Guarantees (GG).

2. Jom kita lihat macam mana GG ni berjaya diperolehi dan macam mana peranan Najib dalam proses meluluskan GG ini.

Jika dilihat kepada kertas pertuduhan ke atas Najib di bawah seksyen 23 Akta SPRM, ia ada kaitan dengan isu tindakan Kabinet meluluskan kedua-dua GG ini. Oh ya betui sudah tentu ada peranan Najib.

3. Sebelum itu, mungkin juga relevan untuk saya pause sekejap dan nyatakan di sini siapakah individu yang menjadi Pengerusi Pelaburan KWAP pada masa material?

4. Jawabnya, beliau adalah Tan Sri Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah (saksi pendakwa ke-45).

5.Pengerusi Pelaburan KWAP pada masa itu juga adalah Ketua Setiausaha (Secretary General) Kementerian Kewangan (MoF) yang mana menterinya adalah Najib.

Dalam keputusan mahkamah, didedahkan asalnya KWAP hanya nak pi luluskan pinjaman kepada SRC hanya sekadaq RM1 bilion sahaja. Macam mana boleh jadi RM4 bilion pulak ya?

Sabaq..tunggu nanti saya sambung ya insyaAllah.