Malaysia Dateline

Isu wanita hina Islam di kelab: Menteri Agama pula dipersenda tak garang macam masa jadi pembangkang

Satu klip video tular disyaki menghina agama Islam baru-baru ini yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail di ibu negara dilihat turut mengheret nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Pemimpin Pas itu dipersenda kerana dianggap warganet tidak garang seperti ketika menjadi pembangkang.

Ramai juga yang menyindir dengan menyebut sebagai padah apabila Malaysia diperintah oleh DAP yang merupakan ungkapan popular semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, Idris memberitahu susulan tularnya klip video itu, beliau telah meminta pihak JAWI untuk mengambil tindakan berpandukan peruntukan undang-undang sedia ada dengan kadar segera.

“Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang menghina kesucian agama Islam,” katanya lagi.

LANJUT MENYUSUL