Malaysia Dateline

Isu YB Pekan minta tanah, rumah RM100 juta

Alhamdulillah, saya dapat peluang hari ini untuk berbahas Bajet 2022 di peringkat Jawatankuasa yang melibatkan peruntukan belanjawan bagi JPM.

Antara lain, saya habaq tadi:

Awal kalam, saya ucapkan tahniah kepada BN kerana menang di PRN Melaka melalui pilihan raya dan bukan melalui Tebuk Atap.

Saya juga ucapkan tahniah kepada parti ehem kerana menurut Timbalan Presiden depa, undi calon parti ehem – yang guna tiket PN – perolehi agak memberangsangkan walaupun media juga lapor YB Bachok pula ucapkan takziah pada parti ehem sebab dilaporkan daripada lapan kerusi calon depa bertanding, tujuh dihabaq depa telah hilang deposit!

Saya juga sentuh butiran tentang bajet yang diperuntukkan kepada Jabatan Peguam Negara. Saya persoalkan isu tindakan Peguam Negara tidak mahu teruikan rayuan ke atas YB Umno dari Putrajaya yang dituduh kes rasuah bernilai RM 2 juta.

Saya habaq sepatutnya rayuan ke Mahkamah Persekutuan itu wajar diteruikan sebab ada isu perundangan yang perlu diputuikan oleh mahkamah tertinggi dalam negara ini iaitu isu sama ada tindakan menerima derma politik yang dikatakan diterima oleh OKT itu boleh atau tidak tergolong ke dalam definisi rasuah atau tidak?

Saya juga sentuh isu Pulau Batu Puteh. Oleh kerana ada YB parti ehem yang habaq dia rasa kesal kat Kerajaan PH ke atas tindakan menarik balik semakan kes Batu Putih @ Pedra Branca di ICJ, saya minta YB Menteri habaq, “Apa sebab utama kekalahan Malaysia dalam kes itu?”

Saya juga tanya adakah YB parti ehem yang sama itu juga rasa kesal kepada YB Marang yang menarik balik kes saman fitnah ke atas Sarawak Report dalam kes mahkamah di London?

Saya juga bangkitkan keperluan untuk SPR menyemak semula SOP pilihan raya yang diguna pakai dalam PRN Melaka bagi PRN Sarawak dan PRU-15 nanti.

Sebabnya larangan ketat dan tidak munasabah bagi proses kempen telah mencemarkan semangat pilihan raya dan juga proses demokrasi untuk rakyat membuat “informed decision”.

Saya juga bangkitkan isu wujudnya percanggahan versi isu YB Pekan minta tanah dan rumah bernilai RM100 juta.

Saya habaq ada dua versi la ni. YB Pekan habaq permohonan dia dibuat pada 2018. YB Menteri Kewangan pula habaq lain – ia dibuat selepas Bajet 2022 dibentangkan. So, which is which?

Jika diandaikan YB Menteri Kewangan tidak bercakap benar, adakah kerajaan akan buat usul untuk merujuk dia ke Jawatankuasa Hak di bawah Aturan 36 (12) Peraturan Mesyuarat?