Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Isu Zakir Naik dibawa ke kabinet jika ada permohonan ekstradisi, kata Hanipa

Isu Zakir Naik dibawa ke kabinet jika ada permohonan ekstradisi, kata Hanipa

BernamaJune 17, 2019 5:34 pm




Hanipa Maidin

Kerajaan akan mengadakan perbincangan secara terperinci di dalam Kabinet berhubung proses menghantar pulang pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik sekiranya menerima permohonan secara rasmi daripada kerajaan India.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata langkah-langkah sewajarnya akan diambil berhubung proses mengekstradisi pendakwah itu kerana ia membabitkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan India.

“Kerajaan (Malaysia) perlu mengambil kira pelbagai faktor dan segala tindakan akan diambil setelah menerima permintaan rasmi daripada kerajaan India. Saya tidak akan komen lebih lanjut sebelum ada apa-apa permintaan.

“Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), kerajaan belum menerima sebarang permohonan daripada India bagi mengekstradisi pendakwah berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menziarahi seorang mangsa banjir pada Program Hero Tak Didendang di Kampung Batu 9, Changkat Jong di sini, hari ini.

Nur Aishah Iman Harold Ng Lip Singh, 22, yang baharu melahirkan bayi lelaki terpaksa meredah banjir untuk menyelamatkan anak dan dirinya dalam keadaan berpantang ketika bencana itu melanda sekitar kawasan berkenaan pada 6 Jun lalu.

Semalam, Dr Wan Azizah berkata tiada keperluan untuk kerajaan Malaysia menghantar pulang Zakir ke negara asalnya kerana belum menerima sebarang permohonan daripada kerajaan India sehingga kini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata Malaysia tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya Zakir dihantar pulang ke India.

Dr Mahathir menegaskan Malaysia mempunyai hak sama ada mahu menghantar pulang atau tidak pendakwah terkenal itu ke negara asalnya selepas New Delhi dilihat begitu terdesak untuk menahan Zakir atas tuduhan pengubahan wang haram di India.-BERNAMA.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production