Malaysia Dateline

Isunya bukan bakal PM, isunya mesti letak jawatan

Semasa PM Tebuk Atap masuk TV petang tadi saya tak tonton. No way saya nak buang masa dengaq dia pi membebel atau mengarut. Saya pi tonton Mr Bean. Lagi best!

Dengar khabar dia beritahu sekarang tiada MP yang ada suara majoriti. He he. He tried to divert lah tu.

Apapun, dia mungkin tak sedar alasan dia tu, orang kata adalah hujah atau alasan makan tuan. Orang putih kata “he was shooting himself in the foot!”.

Kini dia mungkin tak sedar dia akhirnya mengaku yang dia tidak ada sokongan majoriti. In legal vocabulary, he was incriminating himself.

Dia lupakah, bukankah masa dia jumpa YDPA baru-baru ini, dia beritahu depan YDPA kononnya dia ada sokongan majoriti dan tidak timbul dia kena letak jawatan. Boleh baca kenyataan akhbar dia.

Jadi, sekarang ni, macam mana ?

Tidakkah dia sebenarnya menipu siang-siang hari buta pada YDPA, masa dia kata kepada YDPA dia ada sokongan majoriti? Jika dia menipu, layakkah si penipu ini menerajui negara?

Sekarang ni dia seolah-olah nak guna hujah pak pandir pulak. Kita tentu tak lupa Pak Pandir kata kat Mak Andeh masa anak mereka mati.

Kata Pak Pandir ” Mak Andeh, bukan anak kita je yang mati, anak orang lain pun mati juga!”

Sekarang ni “Pak Pandir moden” pula berhujah ” bukan saya sorang je yang tak ada majoriti MP lain pun tak ada majoriti juga! “.

Mungkin ada yang tanya. Tapi YB, takkan dia nak tipu sedangkan dalam gomen dia ada Menteri Agama iaitu mantan Mufti dan dia juga ada Duta Khas yang juga mantan orang nombor dua Persatuan Ulama Dunia?

Ya, betul juga. Tapi kenapa ya ulama hebat seperti hujjatul Islam-Imam Al-Ghazali- tulis agak panjang dalam “his magnum opus” dia iaitu kitab “ihya’ ‘ulumuddin” tentang ulama jahat?

Bukankah ulama yang arif bidang agama semua tu patutnya baik dan takut Allah?”

Fasal isu dia kata sekarang ni tak ada mana-mana MP yang ada sokongan majoriti, maaf saya kena ulas sikit.

That is, in actual fact, not an issue unless he wants to divert the issue and confuse or deceive the people.

Biar saya guide dia sikit ABC atau alif ba ta tentang Perlembagaan Persekutuan. Dia nampaknya macam dalam kekaburan.

Isu yang ada dihadapan kita sekarang ini adalah isu PM yang ada, kini sudah tidak ada majoriti dan berdegil dan amat keras kepala enggan letak jawatan. Itulah isu yang Perlembagaan sedang hadapi sekarang ini.

Isu sekarang ini bukan isu bakal PM.

Adapun isu bakal PM, insha Allah selepas anda letak jawatan we know how to deal with it.

Jadi sekarang ni, resign you must!