Isyarat jelas rakyat Sandakan tolak BN PRU14

Isyarat jelas rakyat Sandakan tolak BN PRU14

Flashmob bantahan kenaikan harga minyak di perkarangan pasar tamu Bandar Kim Fung, Sandakan oleh Amanah Sabah baru-baru ini mendapat sambutan dan respons sangat positif daripada pengunjung yang hadir.

Ucapan-ucapan yang disampaikan mendapat sokongan dan sikap rakyat menolak kerajaan sekarang ini adalah jelas.

Ungkapan ‘tolak BN’ dan ‘tolak kezaliman’ disorak berkali-kali pada ketika itu.

Dalam flashmob tersebut, mereka mengangkat plakad bagi menyampaikan mesej bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen dalam keadaan ekonomi rakyat sekarang yang sangat teruk.

Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah menyeru rakyat agar bersedia membuat perubahan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kita perlu bersedia dan berani membuat perubahan agar tidak lagi ditipu oleh pemimpin negara yang hanya pentingkan poket sendiri berbanding mementingkan kebajikan rakyat”, Katanya.

Ketua Pemuda Amanah Negeri Sabah, Khairuddin Daud pula mengajak pengunjung yang mendengar agar cakna fakta, berfikiran kritis dan berani mempersoal.

“Kita perlu persoal kepada pemerintah, mengapa harga minyak negara kita semakin mahal, sedangkan harga minyak dunia sedang turun. Ini menunjukkan pemerintah sekarang tidak mempunyai kredibiliti dan gagal mengurus ekonomi negara”, ujarnya.

Khairuddin yang juga Pengarah Komunikasi Amanah Negeri Sabah turut menyeru kepada anak muda agar segera mendaftar diri sebagai pemilih.

Ini supaya mereka dapat mengundi dalam PRU14, sekaligus menjadi agen perubahan dan dapat menyelamatkan masa depan negara.

Selepas bersurai, mereka ditemui oleh pihak polis daripada unit khas (SB) untuk disoal siasat dan diminta menunjukkan pengenalan diri.

Pemuda Amanah Sabah berpendirian bahawa rakyat berhak berhimpun dan bersuara dan Mahkamah Tinggi telah memutuskan rakyat berhak berhimpun dan menyatakan hak demokrasi mereka.

Justeru, mereka mempersoal undang-undang atau seksyen apa yang digunakan penguasa untuk mengambil keterangan dalam pertemuan semalam atau pada masa yang akan datang.

TAGS