Malaysia Dateline

Isytihar aset: Saya ada masa tiga bulan lagi, kata Anwar

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata beliau diberi masa tiga bulan untuk mengisytiharkan harta.

Sehubungan itu, beliau meminta agar orang ramai agar bersabar dan memaklumkan yang beliau akan mengisytiharkan hartanya dalam tempoh yang ditetapkan.

“Sabarlah, ada masa lagi, saya baru masuk bulan lepas, dan masih mempunyai masa,” jawabnya ringkas seperti dipetik Astro Awani selepas sesi dialog bersama mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) di Dewan Besar UPM pada semalam.

Terdahulu, beliau dilaporkan antara 13 ahli Parlimen yang belum mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan Portal Pengisytiharan Harta, sehingga pukul 5 petang Ahad, ahli Parlimen itu belum mengisytiharkan jumlah pendapatan bulanan dan aset.