Malaysia Dateline

“Itu gambar ubat aku”-Aliff Syukri bodohkan satu Malaysia!

Selepas kena ‘sound’ dengan ibunya Rozita Ibrahim Aliff Syukri tampil menangis teresak-esak dan menyesal atas perbuatannya dalam masa yang sama dia turut berkongsi foto ubat yang membuatkan netizen berasa bimbang dan tertanya-tanya.

Dalam satu hantaran yang sudah dipadam, Aliff memohon agar mati secara tenang dan dalam iman.

“Matikan aku dengan tenang dan beriman,” tulisnya.

Namin pada hari ini pengguna Twitter Naufal Antezem mendedahkan foto ubat yang dikongsi oleh Aliff Syukri merupakan ubat-ubatan beliau yang dimuat naik pada 2020.

Sebelum ini Aliff Syukri dipanggil SKMM kerana video muzik raya

“Itu ke gambar yang dimuat naik oleh Aliff Syukri? Kalau betul aku boleh sahkan yang dia tengah bodohkan satu Malaysia. Itu gambar ubat-ubat aku yang dimuat naik pada 2020.

“Kalau betul ini gambar yang dia upload dan gunakan aku doakan dia terhindar daripada sakit yang ibuat ini khususkan,”katanya.

Menurut Naufal tidak marah tindakan Aliff menggunakan gambarnya tetapi berang apabila usahawan kosmetik itu seolah-olah tiada hati perut mempermainkan perkara berkenaan.

“Bukan sebab dia rembat gambar aku, tetapi sebab dia tiada hati perut main-main benda ini,” katanya.

Bagaimanapun Naufal turut menjelaskan pil ungu adalah Epilim untuk seimbangkan di antara maniac dan kemurungan dan ubat putih Luvox untuk meningkatkan mood supaya tidak murung dan ubat biru Lorazepam untuk tidur.

Jelas Naufal ketiga-tiga pil ini perlu diambil kerana beliau menghidap bipolar jenis dua.

Terdahulu, video muzik Aliff Syukri berdangdut dengan Baby Shima tular dan mendapat kecaman dalam kalangan orang ramai keranam selepas itu pula ibunya Rozita Ibrahim melalui Facebooknya merayu-rayu supaya anak lelakinya membuang video muzik berkenaan.

Dengan panjang lebar ibunya memarahi tindakan Aliff dan berasa sangat malu dan jatuh maruah keluarganya dengan perbuatan itu, lalu Aliff tampil memohon maaf kepada semua dan memberitahu akan berundur diri dari media sosial.

Baca juga: Ketua polis mati ditembak, dipenggal kartel dadah selepas beberapa jam dilantik

Baca juga: “Nak ke mak atau Ida mati kerana tertekan” – Rozita harap Aliff Syukri padam video gelek