Malaysia Dateline

Itulah Parti AMANAH

Jika orang tanya saya apakah kekuatan parti AMANAH, saya akan habaq kami, khususnya para pemimpinnya, tidak begitu gusar dengan perbezaan pendapat.

Bagi kami, umumnya, diversity is not really a threat or liability. On the contrary, it is an asset.

Umumnya, di dalam AMANAH, sebelum kami capai sesuatu keputusan, siapa yang tidak biasa lihat kami bermesyuarat, mungkin anda akan tekejut.

Ya, kami hormat antara satu sama lain tapi itu tidak bermakna kami sentiasa bersetuju. Malahan, selalu tidak bersetuju dari bersetuju.

Kadangkala saya agak kesian dengan Presiden parti saya. Bukan senang nak handle dalam mesyuarat jika ada YB Shah Alam, YB Pokok Sena, YB Pulai, YB Kuala Selangor, YB Lumut, YB Parit Buntar, Sepang dan lain-lain.

Presiden pun kami semua bedal semacam saja jika dalam mesyuarat. Tapi, Alhamdulillah, YB Presiden kami ok dan sporting. Itulah sebab kami sayang kat dia. Dan dia pun sayang kat kami kot.

Maaflah. Orang orang tidak suci ini lain sikit cara depa tidak bersetuju.

Sikit pengalaman peribadi. Saya pernah berdebat dengan YB Shah Alam di dalam kereta dari Alor Setar hingga ke Shah Alam.

Kami berhenti bukan kerana dah habis berdebat tapi sebab dah sampai ke destinasi di Shah Alam. Nak buat macam mana ? Dua-dua keteqaq… jebon, kan? Siapa menang? YB Shah Alam kot sebab dia pandai.

Alhamdulillah, selepas mesyuarat lazimnya kami ok semula. Insya-Allah, tidak pernah simpan dalam hati kot. Mungkin itu sebabnya persahabatan kami semua rasanya agak akrab.

Dalam parti ehem? Saya tidak pasti yang barisan pemimpin depa yang la ni. Rasanya depa semua orang baik, tak keteqaq macam para jebon kot?