Izham dapat undi tertinggi AMANAH Selangor

Izham dapat undi tertinggi AMANAH Selangor

Pengerusi AMANAH Negeri Selangor, Ir Izham Hashim mendapat undian tertinggi di dalam pemilihan AMANAH Selangor yang berlangsung pada hari ini.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani Selangor memperolehi sebanyak 128 undi.

Manakala Azli Yusof mendapat jumlah undi kedua tertinggi iaitu 125 undi, diikuti Jaafar Samsuddin (113), Kamarul Hisham Yoep Hashim (112), dan Ahmad Mustain Othman (103) undi.

Konvensyen AMANAH Negeri Selangor kali ke-4 bertemakan Muafakat Membawa Rahmah diadakan di De Palma Shah Alam bermula 2.00 petang tadi.

Konvensyen kali ini dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Salahuddin Ayub, beliau tuurt menyempurnakan gimik perasmian dengan memotong kek pada Majlis Perasmian Konvensyen AMANAH Selangor hari ini.