Malaysia Dateline

Jabatan Kesihatan Perak terima 48 ambulans baharu

Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengagihkan 48 unit ambulans baharu bernilai kira-kira RM24 juta kepada hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan di negeri ini pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata setiap ambulans yang berspesifikasi tinggi itu bernilai anggaran kira-kira RM500,000 termasuk peralatan canggih prahospital itu mula diserahkan kepada jabatan terbabit secara berperingkat bermula Jun lepas.

Menurutnya, 28 unit ambulans diagihkan bagi kegunaan hospital-hospital di negeri ini, mengikut keperluan hospital itu sendiri, manakala baki 20 ambulans lagi diserahkan kepada klinik kesihatan terpilih.