Malaysia Dateline

Jabatan Peguam Negara siar Warta Kerajaan pelantikan Mahathir sebagai PM Interim

Jabatan Peguam Negara hari ini menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2020 berhubung pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Interim sehingga pelantikan Perdana Menteri baharu.

Warta itu memaklumkan fungsi Dr Mahathir yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan Kerajaan Persekutuan dan perkara yang jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan Menteri lain dalam Jemaah Menteri.

Perintah itu berkuat kuasa 24 Feb.

Warta itu turut memaklumkan pembatalan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2019 [P.U. (A) 132/2019].

— BERNAMA