Malaysia Dateline

Jabatan Peguam Negara tidak akan wakili SPR dalam prosiding mahkamah lagi

Jabatan Peguam Negara menegaskan mulai hari ini jabatannya tidak akan mewaklili mana-mana pihak petisyen pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dalam prosiding perundangan.

Menurut Peguam Negara Tommy Thomas sebagai pemutus yang bekecuali dalam perjalanan pilihan raya SPR tidak sepatutnya diwakili oleh pegawai jabatan ini kerana berkemungkinan timbulnya percanggahan kepentingan dan persepsi bahawa keadilan hendaklah dilihan untuk dilaksanakan .

“Perlembagaan secara jelas memperuntukan bahawa pengerusi SPR mestilah mendapat kepercayaan awam begitu juga dengan SPR itu sendiri,”katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, disebabkan kerajaan kebiasaanya menjadi pihak kepada petisyen pilihan raya tersebut sama ada dalam kalangan ahli parlimen, Adun atau pihak yang telah tewas adalah tidak menyenangkan bagi jabatan ini untuk mewakili SPR.

Tegasnya, tugas utama jabatan adalah untuk bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada cabang eksekutif kerajaan yang diketuai perdana menteri dan untuk mewakili kerajaan dalam prosiding jenayah dan sivil di mahkamah.

SPR ditubuhkan semasa merdeka sebagai agensi yang menjalankan pilihgan raya secara telus dan adil dihasratkan untuk menjadi pihak berkecuali atara parti politik yang bertanding bagi mendapatkan hak untuk mentadbir bagi tempoh maksimum lima tahun,

Sistem perundangan telah menubuhkan mahkamah pilihan raya secara ‘ad hoc’ untuk mendengar dan memutuskan petisyen pilihan raya bagi apa-apa pertikaian yang timbul daripada perjalanan pilihan raya dan pegawainya.