Jabatan Penerangan edar risalah berkaitan koronavirus di Sibu esok

Jabatan Penerangan  edar risalah berkaitan  koronavirus di Sibu esok

Jabatan Penerangan Malaysia akan mengedarkan risalah melalui program ‘Info on Wheels’ untuk menyalurkan maklumat berhubung novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di sekitar Bandar Sibu, esok.

Menerusi satu kenyataan di Kuching hari ini, jabatan itu memberitahu, ia adalah sebagai langkah meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat setempat melalui unit bergeraknya.

“Program ini dijangka akan dihadiri Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling dan Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak, Swady Guliling.

“Manakala pada malam 13 Februari ini, Swady dijangka akan menghadiri program program‘Gong Xi Fa [email protected]’ anjuran JaPen dengan kerjasama Komuniti Harapan Malaysia Sarikei. Ahli Parlimen Sarikei, Wong Lee Biu turut dijangka hadir, ” ujar kenyataan itu.

Jelasnya lagi, program tersebut itu adalah sebagai usaha untuk mengukuhkan perpaduan, kemakmuran dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negeri ini.
Attachments area