Malaysia Dateline

Jabatan Penerangan tutup Bilik Berita

Jabatan Penerangan Malaysia mengambil keputusan untuk menutup Bilik Berita yang menjadi pusat aktiviti mereka selama ini ekoran wabak Covid-19.

Penutupan ini diumumkan melalui satu Notis Pemakluman yang dikeluarkan dalam satu siaran media hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh siaran media itu:

NOTIS PEMAKLUMAN

PENUTUPAN SEMENTARA BILIK BERITA, JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, PUTRAJAYA

Merujuk kepada Siaran Media bernombor rujukan PEN: 03/2020/27 (JaPen) Jabatan Penerangan Malaysia bertarikh 17 Mac 2020 mengenai pemberitahuan waktu operasi Bilik Berita, Aras 10, Jabatan Penerangan Malaysia, Putrajaya.

Dimaklumkan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah MENGARAHKAN penutupan serta merta Kompleks KKMM sebagai langkah awal kawalan keselamatan kesihatan dan tindakan seterusnya berpandukan Prosedur Tetap Operasi (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehubungan itu, operasi Bilik Berita, Jabatan Penerangan Malaysia ditutup sementara sehingga diberitahu.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi :

1. Puan Radziah Mohd Sharif di talian 012-363 2744;

2. Puan Lydiana Thessin di talian 017-282 8301; dan

3. Encik Mohd Alifata Baharuddin di talian 017-628 4566;

BILIK BERITA JABATAN PENERANGAN PUTRAJAYA

18 Mac 2020, 10.00 pagi
AAAW

Sebelum ini, dalam sidang medianya, Perdana Menteri tidak memaklumkan operasi media juga perlu ditutup.