Jadi Juara SUKMA, MB Terengganu isytihar cuti 30 September

Jadi Juara SUKMA, MB Terengganu isytihar cuti 30 September

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kerajaan Negeri Terengganu merakam ucapan tahniah dan syabas kepada Kontinjen Terengganu yang telah beraksi dengan cemerlang.

Pasukan negeri itu berjaya memungut 56 pingat emas, 51 pingat perak dan 53 pingat gangsa seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan SUKMA 2018.

Ujarnya, tahniah juga diucapkan kepada Azreen Nabila Binti Alias yang telah menerima Anugerah Atlet Wanita Terbaik SUKMA Perak 2018.

“Kejayaan Kontinjen Negeri Terengganu merampas kembali gelaran Juara SUKMA ini sekali gus melunaskan “Win Back Mission” yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

“Tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam catatan sejarah ini.

“Harapan saya dengan kejayaan ini dapat membawakan roh riadhah dan menggalakkan lagi aktiviti bersukan kepada rakyat Terengganu dalam menjalani gaya hidup yang sihat dan sejahtera,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Kata beliau, bagi meraikan kejayaan Kontinjen Terengganu di SUKMA 2018, pihak Kerajaan Negeri Terengganu dengan ini mengisytiharkan 30 September 2018 iaitu hari Ahad sebagai cuti peristiwa bagi Negeri Terengganu.

COMMENTS

Wordpress (0)