Bila musim hujan dan cuaca sejuk, kebanyakan akan memilih makanan lebih panas untuk memastikan diri sentiasa hangat.
Maka tak terkejut jika ramai memilih ubi untuk direbus atau dibakar bagi menikmatinya semasa musim hujan.
Buat peniaga ubi, Annuar Al Shadat Kadi memaklumkan jualan ubinya meningkat dengan mendadak sejak kebelakangan ini.
Menurut Bernama, ubi menjadi pilihan ramai kerana ia mudah dimasak dan menjadi sumber karbohidrat yang mengenyangkan.
Lebih dikenali di sini sebagai Nuar Durian berkongsi apabila banjir melanda daerah dungun, lebih 500 hingga 700 kilogram ubi dijual setiap hari.
“Setiap kali banjir, orang akan tertarik membeli ubi, mereka balik rumah dan masak ubi panas-panas, memang sangat sedap dan mengenyangkan.
“Ubi menjadi makanan yang sangat popular ketika cuaca sejuk kerana ia mudah dimasak, sesuai dijadikan hidangan pemanas tubuh.
“Ia juga mudah disimpan khususnya bagi keluarga yang rumah mereka terkesan banjir,” katanya seperti dipetik Bernama di gerainya di Jalan Bukit Besi .
Kedainya juga menawarkan pelbagai jenis buah-buahan dan ubi antaranya ubi kayu, ubi keledek, ubi yakun, dan ubi itik
Sudah berniaga sejak berusia enam tahun, Annuar mengakui musim ini bekalan ubi sedikit terjejas kerana kesukaran untuk mendapatkan bekalan stok yang mencukupi.
Baca juga: Khairulaming dapat izin Mydin ambil barang bantu mangsa banjir