Jadikan konvenyen sebagai wadah muhasabah, kata Mohd Sany

Jadikan konvenyen sebagai wadah muhasabah, kata Mohd Sany

Memanfaatkan kali terakhir memberi amanat sebagai Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Sany Hamzan mengingatkan agar Pemuda AMANAH menjadikan Kkonvensyen  diadakan ini sebagai medan ‘Muhasabah’ memperkukuh parti

Menyedari tanggungjawab AMANAH yang mempunyai perjuangan dalam negara, beliau berharap segala perancangan dan hala tuju yang akan dibahaskan kelak, dijadikan medium untuk memandu perjalanan parti.

Beliau turut menegur ahli parti agar tidak berbangga dengan jawatan yang diberikan dan mengamalkan resmi padi, makin berisi makin menunduk.

“Kita tak mahu pemuda sekadar berseronok dengan jawatan tinggi. Perlu berubah tingkah laku bila pegang jawatan, dan jangan pernag lupakan hasrat murni rakyat. Jangan sombong, jangan tinggi-tinggi kemudian lupa diri.

“Ini bukan sifat pemuda AMANAH. Jangan sombong. Tidak rugi kita mengikut resmi padi, biar orang kenali pentadbir dari Amanah berbanding kerajaan sebelumnya,” katanya.

Mohd Sany Hamzan

Beliau berkata demikian semasa Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional yang bertemakan Rejunevasi Malaysia Baharu di Dewan Komuniti Batu Muda, Kampung Batu Muda, malam tadi.

Turut hadir, Naib Presiden AMANAH, Mahfuz Omar; Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sany Hamzan; Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Muhammad Faiz Fadzil; Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan, Asmaalif Abdul Adam; Ketua Wanita AMANAH Nasional (AWAN), Aiman Athirah Al-Jundi; Ketua Wanita Muda AMANAH (WARDA), Nur thaqaffah Nordin.

Beliau turut menyentuh kebolehan pemuda hari ini yang kebanyakannya berbakat menggalas tanggungjawab besar yang kini dilantik untuk berkhidmat di Pejabat Menteri, Timbalan Menteri, Exco dan Agensi kerajaan.

Jelasnya, walaupun masih awal untuk mengukur keberhasilan, tetapi beliau mengakui kewujudan pemuda yang berperanan memberi kesan mempercepatkan reformasi pentadbiran yang menguntungkan rakyat.

Malah, beliau mengingatkan ahli AMANAH yang memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) agar mengambil kesempatan melaksanakan tugas dengan baik

“Ini yang diperlukan daripada Pemuda kepada mana-mana perjuangan sekalipun, selaras dengan ajaran Islam yang dirakam dalam sejarah bahawa pemuda menjadi tulang belakang kepada sesebuah negara dan peradaban

“Pemuda perlu memiliki pemikiran yang berlandaskan keihkhlasan untuk beribadat kepada Allah dan tak berhenti mencari Ilmu baik untuk dipraktikkan,”ujarnya.

Malah, beliau berharap agar Pemuda AMANAH menjadi telinga kepada kerajaan yang membantu mendengar rintihan rakyat yang memerlukan perhatian kerajaan.