Jaga kepentingan semua rakyat termasuk mereka yang tidak mengundi PH

Jaga kepentingan semua rakyat termasuk mereka yang tidak mengundi PH

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menyeru supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri supaya berkhidmat dengan baik memenuhi kepentingan semua rakyat Malaysia termasuk mereka yang tidak mengundi PH.

Kata beliau, pamerkan bahawa kerajaan PH adalah kerajaan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, daerah dan pandangan politik.

Jelasnya, kredit yang tinggi harus diberikan kepada rakyat Malaysia kerana berupaya memberikan peluang kedua kepada negara ini untuk membina Malaysia yang baharu.

“Cabaran paling besar buat kerajaan PH di Putrajaya adalah untuk memenuhi impian Malaysia untuk sampai pada satu keadaan di mana semua rakyat Malaysia menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudaian barulah bangsa, agama, daerah dan status ekonomi mereka.

“Sekarang waktu untuk menyatukan rakyat, tanpa mengira bangsa, agama, daerah atau pandangan politik, dan hentikan daripada terus mempolarisasikan mereka,” kata beliau dalam satu ceramah di Pulau Pinang 14 Mei lalu.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0
CATEGORIES