Malaysia Dateline

Jaga kesihatan mental dan kekal positif sewaktu PKP

Gelombang pertama pandemik Covid-19 menyebabkan krisis kesihatan mental ketika ia melanda China.

Oleh itu, pihak kerajaan diserata dunia harus mempersiapkan tindakan berkesan untuk menangani masalah yang serupa di mana ia menyerang, gesa pakar penyelidik.

Ketakutan yang disebabkan oleh kuman baru yang membinasakan ini, pelaksanaan kuarantin yang ketat, ketidakpercayaan terhadap para pegawai yang dipertanggungjawabkan menghapuskan wabak dan gelombang maklumat sosial yang memberi maklumat yang salah memberi kesan kepada kesihatan mental.

Sepanjang tempoh diserang wabak ini, “ketakutan umum dan ketakutan yang diserapkan berlebihan merupakan ketakutan yang biasa di kalangan masyarakat”, sementara kemurungan, kegelisahan dan gangguan tekanan pasca trauma muncul dengan sendirinya.

Menurut sebuah makalah dalam jurnal Emerging Infectious Diseases, yang diterbitkan oleh Pusat Pengawasan dan Pencegahan Penyakit AS, keadaan ini menjadikannya “krisis kesihatan mental masyarakat yang tinggi”,

Kajian ini diterbitkan sebagai tinjauan baru yang menunjukkan dua pertiga rakyat Britain berjuang untuk tetap positif tentang masa depan dalam menghadapi wabak tersebut.

Apabila virus itu menyebar ke seluruh dunia, kerajaan global mestilah menangani keperluan kesihatan mental masyarakat dengan membangun dan melaksanakan rancangan strategik yang baik untuk memenuhi keperluan ini semasa pandemik Covid-19,”.

Asal Covid-19 ini dipercayai bermulah di “pasar basah” di bandar Wuhan China yang menjual haiwan mati dan hidup termasuk ikan dan burung. Kes pertama dilaporkan pada akhir tahun 2019.

Para penyelidik, dari badan pemikir korporat Rand, berkata beberapa ciri unik wabak dan bagaimana ia ditangani membawa kepada krisis kesihatan mental.

Pertama, ramai orang Cina masih ingat wabak SARS dan kesannya terhadap kehidupan seharian dan ekonomi. Covid-19 lebih mudah berjangkit daripada SARS dan lebih berbahaya daripada selesema biasa.

Tempoh inkubasi yang tidak menentu dan keraguan tentang sama ada mereka yang tidak mempunyai gejala masih boleh menyebarkannya membawa kepada kebimbangan. Sikap awal pemerintah China terhadap ‘keparahan’ wabak ini mengikis tahap kepercayaan terhadap kesan awabk ini.

Sementara itu langkah-langkah kuarantin berskala besar di bandar-bandar utama, yang menghadkan penduduk ‘duduk diam dirumah’, menambah dan meningkatkan tekanan mental.

Cerita dan laporan kekurangan bekalan perlindungan perubatan, kakitangan perubatan, dan katil hospital serta vaksin belum ditemui juga menyebabkan kebimbangan yang besar.

Maklumat terkini yang memenuhi media sosial, termasuk maklumat salah, “menimbulkan risiko utama kepada kesihatan mental masyarakat semasa krisis kesihatan ini”.

Kita harus mengiktiraf keperluan untuk menyokong kesihatan mental rakyat semasa krisis, tetapi para penyelidik mengatakan usaha ini mungkin terkesan kerana kekurangan tenaga pakar.

Sementara itu, tinjauan pendapat Ipsos-MORI mendapati 62 peratus warga Britain yang ditinjau berkata mereka mendapati lebih sukar untuk kekal positif mengenai masa depan sejak wabak itu melanda, manakala 55 peratus mendapati lebih sukar untuk kekal positif setiap hari. Generasi muda dan wanita didapati paling tinggi terkesan dalam situasi ini.

Dalam dua minggu terakhir ini, kita semua seolah berada di dunia asing yang tidak diketahui dan menakutkan. Oleh itu, tidaklah menghairankan bahawa dua pertiga daripada rakyat Britian melaporkan bahawa ia adalah lebih sukar untuk kekal positif tentang masa depan dan separuh daripada mereka mendapati ia merupakan satu perjuangan untuk kekal positif setiap hari.

* Azizi Ahmad adalah seorang pendidik