Jais tangkap 14 umat Islam tidak berpuasa, khalwat  di bulan Ramadan

Jais tangkap 14 umat Islam tidak berpuasa, khalwat di bulan Ramadan

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menahan tujuh orang Islam yang didapati makan dan minum di khalayak ramai dan tujuh yang lain kerana didakwa melakukan ‘khalwat’ pada ketika umat Islam berpuasa di bulan Ramadan ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jais Mahdi Al-Hilmy Arshad berkata serbuan dilakukan di restoran, pusat snuker dan gerai makanan di Meru, Klang dan Shah Alam serta hotel dan hotel bajet di Lembah Klang dari hari pertama Ramadan sehingga Rabu, berikutan aduan orang ramai.

“Kami menyediakan kertas siasatan untuk mendakwa semua individu berusia antara 27 dan 30 tahun,” katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.

Beliau berkata tujuh daripada mereka disiasat mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 manakala selebihnya mengikut Seksyen 29 enakmen yang sama.

Mahdi menggesa orang ramai untuk memberimaklumat kepada Jais mengenai umat Islam yang melakukan kesalahan Syariah semasa Ramadan dengan menghubungi Jais talian hotline di 1-800-88-2424.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jais Wan Najmiah Mohd Ali berkata setakat ini, 46 hotel di Selangor mempunyai pensijilan halal.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS