Jajaran KL-Seremban, Salak Expresway bebas tol mulai 1 Jun

Tiada lagi kutipan tol dikenakan bagi Jajaran Kuala Lumpur – Seremban Expressway dan Salak Expressway (yang dahulunya dikenali sebagai sebahagian daripada Jajaran Lebuhraya Metramac) di Plaza Tol Sungai Besi mulai tengah malam ini.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dalam kenyataannya hari ini memberitahu bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 50 peratus hingga 1 peratus (atau di antara RM 0.40 hingga RM1.70) bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan.

Menurut LLM, penamatan tersebut akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari.

“Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja,” katanya lagi.

7.5
OVERALL SCORE
: 5.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS