Jakim ambil pendekatan inklusif tangani isu LGBT, kata Menteri Agama

Jakim ambil pendekatan inklusif tangani isu LGBT, kata Menteri Agama

Kerajaan Pakatan Harapan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil pendekatan inklusif dengan terus melaksanakan program-program turun padang menangani dan mendekati golongan Lesbian, Gay, Biseksual,Transeksual (LGBT) di negara ini.

Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini, bertegas dengan kenyataan sebelum ini golongan LGBT tidak boleh ditindas, dianayai dan dizalimi di tempat kerja.

Katanya, sekiranya perkara ini berlaku ia akan menjurus kepada meluaslebarkan lagi industri pelacuran dan penzinaan membabitkan golongan LGBT muslim dan bukan muslim di negara ini.

“Golongan ini tidak boleh ditindas ditempat kerja dianiayai dan tidak boleh dizalimi.

“Statistik 80 peratus  golongan makyah dalam industri seks jika kita mendiskriminasi di tempat kerja, mereka akan terus berada dlam industri ini sedangkan Pakatan Harapan berhasrat mengeluarkan mereka dalam industri ini,” ujarnya di dewan rakyat hari ini.

Berkaitan dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang yang berbeza antara Persekutuan dan Negeri-negeri, Jakim ujarya, juga akan memastikan pendekatan inklusif membabitkan bidang kuasa negeri dan persekutuan supaya dapat melaksanakan program-program yang seiringan dalam usaha menangai isu membabitkan golongan LGBT.

“Peruntukan undang-undang kepada orangIslam tertakluk kepada kuasa negeri bukan di peringkat persekutuan.

“Tetapi atas sikap keperihatinan berdasarkan pentadbirna inklusif ini dan Islam itu agama rahmat, Pakatan Harapan telah meneruskan insiatif yang dibuat Jakim sebagai agensi agama di peringkat persekutuan.

“Kita (Jakim) menyantuni golongan ini dengan melaksanakan aktiviti outreach (temu-seru) dan mengajak mereka (LGBT)yang beragama islam menyertai program dinamakan Rawatan dan Pemulihan Hilal Wal Syifa yang mana mereka akan datang secara sukarela untuk sertai program ini.

“Kita juga ada program yang dilaksanakan sejak 2011 dengan kerjasama Jakim, Majlis Agama Islam Negeri dan NGO,” terangnya.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, Jakim juga telah mengadakan pelbagai bentuk seminar kepada masyarakat awam mengenai isu LGBT ini membabitkan sekolah, universiti, pihak swasta, jabatan kerajaan dan NGO Islam.

“Kita banyak membincangkan isu LGBT dari aspek saikososial, saikologikal dan saikospiritual dan kesihatan agar perserta dapat maklumat dan kemahiran yang tepat bagi menghindari dan mendorong golongan LGBT ini mengubah perlakuan mereka,” ujarnya.

Beliau turut menambah, Jakim mempunyai fasiliti rujukan untuk dijadikan panduan kepada masyarakat dan khususnya golongan LGBT dari konteks seorang muslim.

Dr Mujahid yang juga Naib Presiden AMANAH ini turut memberi penghargaan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kerana ujarnya, dilihat lebih aktif dan efektif dalam program untuk menyantuni golongan LGBT di negeri itu.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS