Malaysia Dateline

JAKIM padam hantaran Timbalan Menteri serah sumbangan Covid-19 kepada tadika Pas

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) didapati memadam satu hantaran di Facebook rasminya mengenai sumbangan Tabung Musa’adah Covid-19 sebanyak RM100,000 kepada pusat pendidikan pra-sekolah milik Pas.

Pemerhatian Malaysia Dateline hari ini mendapati hantaran disertai tanda pagar Berita JAKIM dan Penyiaran JAKIM itu sudah tidak dapat diakses.

Kelmarin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary yang juga Ahli Parlimen Pas Pengkalan Chepa menyampaikan simbolik penyerahan sumbangan itu di Kompleks Islam Putrajaya.

Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dikelolakan oleh Jabatan Pasti, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda Pas Malaysia.