Jakim sampaikan watikah pelantikan ahli panel Piswi

Jakim sampaikan watikah pelantikan ahli panel Piswi
Ahli Panel Piswi bergambar kenangan bersama Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf dan Timbalannya Fuziah Salleh serta pegawai Jakim.

Ahli Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (Piswi) di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menerima watikah perlantikan masing-masing, semalam.

Watikah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof yang bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.

Majlis Perunding Wanita Rahmah (MAWAR) di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan Piswi yang akan memula tugas sejurus penerimaan watikah lantikan tersebut.

“Mawar percaya barisan panel yang dilantik mampu menangani dan menyuarakan isu berkaitan wanita Islam kepada pihak-pihak pembuat dasar dan polisi sama ada di dalam mahupun di luar negara.

“Semoga Mawar-Yadim boleh bekerjasama dengan Piswi untuk kemajuan wanita Malaysia dan wanita Islam khususnya,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Mawar ditubuhkan Yadim bertujuan untuk menyatupadukan para intelek wanita dari sudut tenaga, idea dan kepakaran kaum wanita dalam pelbagai disiplin keilmuan yang digembeling secara kolektif bagi memartabat dan menggerakkan potensi serta keprihatinan mereka untuk pembangunan ummah dalam aspek pendidikan, sosial dan kebajikan.