Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Jalan TAR dibuka semula sepanjang bulan puasa, raya
Khalid dan Dr Shahrudin beramah mesra dengan kakitangan dan keluarga Kementerian Wilayah Persekutuan dalam majlis berbuka malam tadi.

Jalan TAR dibuka semula sepanjang bulan puasa, raya

Oleh MALAYSIA DATELINEMay 9, 2019 11:32 am




Jalan Tuanku Abdul Rahman akan dibuka semula pada Sabtu dan Ahad serta cuti umum pada sepanjang Ramadhan dan Syawal.

Ia akan ditutup semula untuk dijadikan kawasan pejalan kaki selepas Syawal nanti, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul samad.

Langkah ini diambil selepas mesyuarat diadakan dengan persatuan peniaga di kawasan berkenaan apabila tempoh percubaan selama sebulan penutupan itu tamat pada 30 April lepas.

“Para peniaga meminta jalan ini dibuka sepanjang puasa dan raya untuk membolehkan pembeli bebas keluar masuk ke kawasan ini untuk persiapan hari raya,” katanya.

Sebelum ini, Jalan Tuanku Abdul Rahmana ditutup pada setiap Sabtu dan Ahad serta hari cuti umum.
Ia dilakukan sepanjang bulan April sebagai tempoh percubaan untuk menilai cadangan untuk menjadikan kawasan itu sebagai kawasan pejalan kaki.

“Sepanjang Ramadhan dan Syawal ini, DBKL akan membuat persiapan untuk mencari penyelesaian bagi menjadikan kawasan Lorong Tuanku Abdul Rahman dan Lorong Gombak yang selari dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman, bersih dari sebarang gangguan.

Kaitangan Kementerian Wilayah Persekutuan menunaikan Solat Terawih bersama malam tadi.

“Ini kerana, apabila Jalan TAR ditutup, kedua-dua jalan kecil itu perlu dijadikan laluan bebas tanpa sebarang halangan,” kata Khalid.

Menurut Khalid, sepanjang tempoh percubaan penutupan jalan ini sebulan (April) lepas, maklum balas yang diterima amat positif.

“Jadi kita akan laksanakan perkara ini selepas Syawal nanti,” kata Khalid.

Sebelum itu, Khalid menyertai warga Kementerian Wilayah Persekutuan berbuka puasa bersama.

Beliau dan isteri serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Sharuddin Mohd Salleh serta Ketua Setiausaha Kementerian dan pegawai kanan yang lain kemudiannya solat terawih bersama di surau kementerian itu.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production