Jalan utama di Simpang Tiga Linggi/Rembau ke Lubuk Cina ditutup

Jalan utama di Simpang Tiga Linggi/Rembau ke Lubuk Cina ditutup

Jalan utama di Simpang Tiga Linggi/Rembau ke Lubuk Cina ditutup berikutan jalan di kawasan tersebut dilanda banjir.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata kenaikan paras air di Sungai Linggi menyebabkan berlakunya limpahan air di jalan raya.

“Hujan lebat turun dari pagi tadi menyebabkan air di Sungai Linggi melimpahi jalan raya di kawasan tersebut.

“Jadi jalan ditutup buat sementara waktu ini kepada semua jenis kenderaan demi keselamatan pengguna jalan raya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Anuar Bakri juga menasihatkan orang awam untuk menggunakan jalan alternatif lain iaitu Sawah Raja sekiranya hendak meneruskan perjalanan ke Lubuk Cina.

— BERNAMA