Akibat menjalinkan hubungan tidak sah di sisi undang-undang seorang wanita diarah membayar RM RM2.5 juta kepada isteri kekasihnya.
Mengikut undang-undang di negara China mana-mana pihak dalam perkahwinan tidak dibenarkan membelanjakan harta bersama pasangan tanpa persetujuan mereka.
Mahkamah China baru-baru ini mengeluarkan keputusan kontroversi apabila memerintahkan seorang wanita membayar 3.79 juta yuan (kira-kira RM2.5 juta) kepada isteri kekasih gelapnya kerana menjadi orang ketiga dan menjalin hubungan yang tidak sah di sisi undang-undang.
Menurut Oddity Central dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rakyat Zhuanghe di Liaoning, timur laut China, plaintif, seorang wanita bernama Li sudah berumah tangga dengan suaminya, Wang sejak 1991.
Bagaimanapun, pada 2008, Wang menjalin hubungan sulit dengan wanita lain, yang dikenali dengan nama samaran Xiaoxia.
Bagaimanapun Li mengetahui hubungan sulit Wang selepas mendapati suaminya kerap mengirimkan sejumlah wang kepada Xiaoxia.
Bukti yang dikemukakan di mahkamah menunjukkan Wang memindahkan sebanyak AS$217,700 (RM970,230) kepada Xiaoxia antara tahun 2013 dan 2020.
Lelaki itu juga membeli dua kediaman bernilai AS$214,700 (RM956,871) dan juga menghadiahkan sebuah kereta berharga AS$128,800 (RM574,034).
Wang turut mengakui hubungan sulitnya dan memberitahu Li dia juga mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun dengan Xiaoxia.
Sementara itu, Xiaoxia memaklumkan dia tidak tahu Wang sudah berkahwin dan wang diterimanya selama ini adalah nafkah untuk anaknya.
“Justeru, memandangkan Li tidak pernah memberi persetujuannya untuk `hadiah’ diberikan oleh Wang, maka Xiaoxia kini perlu memulangkan sejumlah AS$560,000 (RM2.49 juta) kepada isteri kekasihnya,” jelas laporan itu.
Baca juga: Festival minum arak tidak membudayakan gaya hidup sihat, lebih banyak kesan buruk
Baca juga: Cuba ‘suap’ RM200 dekat polis, buruh ladang mengaku bersalah