Malaysia Dateline

JAM ikut arahan KPM, tetapi tetap turun bagi makanan kepada petugas

Jabatan Amal Malaysia (JAM) akur dengan keputusan Ketua Polis Negara (KPN) tetapi tetap turun bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Mengikut JAM mereka tetap hadir semalam bagi menyampaikan bantuan makanan kepada petugas-petugas di lapangan.

Menurut Hasnul Zulkarnain beliau menafikan peranan Unit Amal dalam bantuan bencana alam tetapi dalam kes tanah runtuh berhampiran Goh Tong Jaya semalam, situasinya berbeza.

“Tahap bencana alamnya memerlukan kepakaran agensi kerajaan yang terlatih.

“Command centre lebih mengetahui bagaimana kaedah operasi penyelamatan yang bersesuaian dengan kawasan kejadian. Risiko runtuhan tanah boleh berlaku bila-bila masa.

“Maka untuk mengurangkan risiko luar jangka, command centre berhak mengatur gerak kerja dengan menghadkan keanggotaan kepada pasukan pakar sahaja,”katanya.

Beliau yang juga bekas Adun Titi Serong menganggap Unit Amal boleh dikategorikan pasukan penyelamat sokongan sahaja.

“Jika tidak dibenarkan terlibat dalam operasi menyelamat bukanlah sebab campur tangan politik. Tapi itulah PAS, jika tak kena dengan selera mereka, habis disalahkan dengan orang politik.

“Mujur tak disebutnya menteri DAP yang tak benarkan mereka terlibat,”kata beliau.

Dalam pada itu, Pengarah Operasi JAM Shehdi Hazrik Shamsudin berkata, menghormati bidang tugas pihak berkuasa dan tanpa kompromi akur segala arahan pihak berkuasa dan semalam walaupun tidak dapat turun membantu operasi SAR kami tetap hadir semalam bagi menyampaikan bantuan makanan kepada petugas-petugas di lapangan.

Bagi mengelakkan sebarang salah faham, pihak Jabatan Amal Malaysia sebenarnya sudah menerima dan akur arahan yang dikeluarkan semalam oleh Ketua Polis Negara yang tidak membenarkan semua NGO dan Sukarelawan membantu di kawasan operasi SAR.

Bagi Shehdi ia bukan isu bagi anggota Amal untuk turun bantu tanpa kebenaran atau tidak terlatih, sekalipun ada yang sebut bahawa tempat tersebut tidak selamat dan sebagainya.

“Jika tidak selamat untuk turun dari awal lagi pihak Jabatan Bomba dan SMART tidak benarkan kami turun, tetapi dalam tempoh bidang kuasa JBPM, kami Anggota Amal mendaftar bertugas seperti biasa dan dibenarkan turun bagi membantu mencari dan menyelamat mangsa yang kemungkinan masih hidup lagi di kawasan SAR.

“Sebagai rekod, kami pernah turun bersama Pasukan Bomba dalam pelbagai misi SAR dan hampir semua tempat merbahaya namun dengan pemantauan dan ilmu yang diajar pihak JBPM, kita telah turun dalam pelbagai misi SAR dengan selamat sebagai contoh Operasi SAR di Bukit Broga, Operasi Tengas Bukit Fraser, Operasi Sungai Kim Kim, operasi kanak-kanak lemas di Balakong, di Sungai Bakau dan banyak lagi,”katanya.

Bagi mengelakkan jelas Shehdi bahawa kehadiran kami di kawasan SAR pada hari pertama kejadian Tanah Runtuh di Batang Kali telah diterima baik oleh agensi kerajaan JBPM dan melalui proses dan SOP ketat.

“Semoga kenyataan ini dapat memberi penjelasan yang baik sebagai sudut pandangan dan posisi kami di Jabatan Amal Malaysia,” katanya.

Baca juga: Sukarelawan dilarang sertai SAR atas faktor keselamatan