Jamal akan diekstradisi segera mungkin, kata KPN

Jamal akan diekstradisi segera mungkin, kata KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaturkan keperluangan  Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos kembali ke tanah air segera mungkin.

Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya, tidak dapat memberikan tarikh tertentu bila Jamal akan dibawa pulang ke Malaysia oleh polis Indonesia.

“Kami akan membawanya semula ke muka pengadilan di sini melalui saluran yang sesuai dengan kerjasama pihak berkuasa Indonesia secepat mungkin,” katanya selepas melawat Rumah Terbuka Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, di Shah Alam hari ini.

Mohamad Fuzi berkata beliau tidak dapat memberikan butiran penangkapan Jamal di Indonesia walaupun ada hubungan dengan polis negara republik itu.

“Mereka telah mengesahkan penangkapan itu dan Jamalberada dalam keadaan baik di bawah kawalan mereka,” katanya sambil menambah sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Beliau berkata sebelum pihak berkuasa dapat mengekstradisi Jamal, mereka perlu melihat bagaimana Jamal melarikan diri ke Indonesia secara haram.

“Kami akan meneliti saluran yang digunakan olehnya sebelum proses pengusiran boleh bermula.

“Kami mempunyai pasukan yang bersiap sedia untuk membawanya kembali sebaik sahaja rakan sejawat kami memberi respons kepada kami,” katanya.

Semalam Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dalam satu kenyataan, polis Indonesia yang memberitahu Malaysia penangkapan Jamaldilakukan pada 6.15 petang waktu tempatan.

Jamal melarikan diri dari tahanan polis dipercayai berada di Indonesia, sebelum diberikan jaminan bulan lalu dan telah menjadi buruan sejak itu.

Jamal mempunyai tiga pertuduhan termasuk memecahkan botol bir dengan tukul besi di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tahun lalu.

COMMENTS

Wordpress (0)