Jamal buat laporan polis status FB palsu hina kaum Iban

Jamal buat laporan polis status FB palsu hina kaum Iban

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengerusi NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos hari ini membuat laporan polis susulan fitnah yang dilemparkan laman sosial Facebook palsu yang menggunakan nama beliau menghina suku kaum iban setelah tidak membenarkannya ke Sarawak semalam.

Beliau berkata, akaun facebook itu sengaja mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan dirinya seorang rasis di samping menimbulkan kebencian di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau juga memaklumkan seramai 30 laporan polis telah dilakukan berhubung tindakan pemilik akaun facebook yang tidak bertanggungjawab sebegini bagi menjatuhkan reputasinya.

Sebelum ini, beberapa laporan polis telah dibuat berhubung tindakan pemilik Facebook ini.

Namun, pada kali ini, kenyataan yang dikeluarkan dilihat agak keterlaluan dan sengaja dilakukan bagi melaga-lagakan hubungan baik beliau bersama pemimpin yang lain.

Jamal juga mendesak pihak polis menyiasat pemilik laman facebook ini dan mengambil tindakan tegas bagi membersihkan namanya.

“Saya sangat terkejut dan malu kerana posting dan fitnah yang dikeluarkan daripada akaun palsu itu telah mengaitkan saya secara peribadi.

Status fitnah yang dimuat naik dalam facebook palsu yang mengunakan namanya.“Akibatnya saya dikecam oleh penyokong dan orang ramai sehingga menjejaskan reputasi dan nama baik saya secara peribadi dan sebagai pemimpin Umno dan BN amnya.” ujarnya.

Pemilik facebook palsu itu memuat naik status yang menyebut:”Saya  tidak dibenarkan masuk ke negeri Sarawak hari ini. Suku Iban pakai cawat ni tidak dapat menerima hero perang baju merah ke sana. Saya tetap  tabah dan bersabar menerima ujian seperti ini.”

Posting fitnah itu telah dikongsi sejumlah 3.5 ribu pengguna internet sejak ia dimuat naik semalam oleh pemilik yang tidak bertanggungjawab itu.

TAGS