Jamal mengaku bersalah pecah botol arak

Jamal mengaku bersalah pecah botol arak

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos mengaku bersalah atas tuduhan memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.

Pengakuan itu dibuat ketika sebutan kes kali ketiga di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin pagi ini.

Jamal didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret  selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM400.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar wang jaminan.

Difahamkan seramai 14 pegawai dan 40 anggota polis ditempatkan bagi melancarkan prosiding kes.

Hanya petugas media yang mempunyai pas sahaja dibenarkan untuk memasuki galeri mahkamah.

Pada 25 Mei lalu, Jamal didakwa memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan pintu pagar keluar pos (1), bangunan SUK, Shah Alam pada pukul 10.15 pagi, 5 Oktober tahun lalu.

Buruan polis terhadap Jamal berakhir dengan bantuan pihak berkuasa Indonesia yang membuat tangkapan Jakarta Selatan pada 3 Julai lalu.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote