Jamal sapina Mahathir, KPN, bekas KPN dalam kes lawan Pengerusi Bersih

Jamal sapina Mahathir, KPN, bekas KPN dalam kes lawan Pengerusi Bersih

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menghantar sapina kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Mohd Fuzi Harun, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan tiga yang lain.

Malaysiakini dipetik melaporkan mereka diarahkan tampil sebagai saksi pembelaan dalam saman fitnah yang dikemukakan oleh Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah ke atas Jamal.

Menurut Mohammad Nasir Yusof, peguam Jamal, Mahathir adalah saksi utama kerana beliau adalah menteri dalam negeri ketika suami Maria, Allahyarham Yunus Ali, dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) sekitar tahun 1980-an.

Bagi Fuzi dan Khalid, Nasir berkata masing-masing adalah ketua cawangan khas dan ketua polis negara semasa Maria ditahan selama 11 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

“Pastinya polis akan dapat memberikan bukti yang membawa kepada penahanannya,” kata Nasir kepada wartawan hari ini.

Maria memfailkan saman itu berikutan dakwaan pemimpin Gerakan Baju Merah itu bahawa Bersih diresapi pengganas IS. Jamal dikatakan membuat tuduhan itu pada 28 September dan 4 Oktober tahun lalu.

Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Harun memberitahu hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab bahawa beliau telah menerima arahan untuk mengketepikan sepina ke atas Fuzi. Mahkamah akan mendengar permohonan itu pada 10 November.

Perbicaraan saman fitnah, yang pada asalnya dijadualkan hari ini, ditangguhkan hingga 15 Januari 2017.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS