Jamal tak datang jual ikan kerana takut masuk lokap

Jamal (bertali leher) menjual ikan murah di Sekinchan.

Pengerusi Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunus mengakui tidak hadir ke Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi kerana baru keluar dari lokap dan tidak mahu kembali ditahan di lokap setelah niatnya untuk hadir dihalang pihak polis.

Beliau turut memohon maaf kepada media kerana tidak menepati janji untuk hadir ke lokasi himpunan antikleptokrasi hari ini setelah dimaklumkan akan hadir oleh orang kanannya.

“Saya mohon maaf kepada semua sahabat media, NGO dan penyokong kerana tidak dapat turun ke Padang Timur, PJ hari ini.

“Ini disebabkan oleh desakan pihak berkuasa yang diterima supaya tidak menghadirkan diri ke lokasi yang diumumkan beberapa kali hari ini… walaupun ikan-ikan yang telah disediakan sudah siap untuk jualan di sana,” ujarnya dalam kenyataan malam ini.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar mahu semua pihak maklum akan arahan pihak berwajib.

“Saya maklum dengan arahan pihak berkuasa yang diterima. Baru keluar dari lokap minggu lepas dah nak dimasukan balik minggu ini,” ujarnya.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS