Jamil Khir diminta penjelasan rasmi polimik Dr Zakir Naik

Jamil Khir diminta penjelasan rasmi polimik Dr Zakir Naik

Ahli politik veteran Tamrin Ghafar mahu kerajaan menyatakan pendirian terhadap polimik pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik yang mendapat tentangan ceramahnya dikalangan pemimpin NGO dan politik di negara ini.

Dalam satu kenyataan hari ini Tamrin berkata, rakyat menunggu keputusan rasmi kerajaan sama ada bersetuju atau tidak dengan bantahan Hindraf untuk membatalkan ceramah Dr Zakir yang pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Maal Hijrah negara.

“Yang anehnya Ketua Polis Negara telah mengarahkan program ceramah itu dibatalkan.

“Kami rakyat khasnya masyarakat Islam menunggu Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Menterinya membuat keputusan rasmi berhubung perkara ini,” ujarnya.

Hindu Rights Action Force (Hindraf) meminta kerajaan untuk mengharamkan pendakwah itu daripada memasuki negara ini.

Ketua Pemuda MIC, C Sivaaraajh pula berhasrat untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang melarang Dr Zakir masuk ke negara ini.

Manakala Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Dr Ramasamy pula mengelarkan Dr Zakir `Setan’ dan mahu beliau dihalau daripada negara ini, bagaimanapun telah menarik semula perkataan tersebut pada hari sama.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sr Khalid Abu Bakar di dalam twitternya tidak membenarkan ceramah membabitkan pendakwah perbandingan agama Dr Zakir Naik di negara ini diteruskan berdasarkan ketenteraman awam dan sensitiviti masyarakat berbilang agama.

Ceramah Dr Zakir dengan tajuk “Similarities Between Hinduism and Islam” dijangka akan berlansung pada 17 April ini di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) terpaksa dibatalkan.

TAGS