Janda anak 3 kesal gagal nikahi suami orang, “geram isteri dia hamil lepas 2 tahun bercinta”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita bergelar janda telah berjaya meraih perhatian orang ramai terutamanya di kalangan pengguna media sosial tempatan, baru-baru ini.

Mana tidaknya, wanita berkenaan dengan ‘selamba’ mengaku telah menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang lelaki berstatus suami orang secara rahsia.

Wanita itu bagaimanapun merasa sangat kesal apabila hasratnya untuk berkahwin dengan suami orang terbantut selepas hubungan mereka diketahui oleh isterinya.

Meluahkan kekesalannya menerusi sesi panggilan telefon bersama sebuah stesen radio, wanita itu mengaku mengetahui status lelaki tersebut saat mula berkenalan.

Dedah janda yang mempunyai tiga orang anak itu, hubungan sulit berkenaan mula terjalin kerana teman lelakinya menyimpan keinginan untuk menambah zuriat.

Hal ini kerana, isteri kepada teman lelakinya itu hanya berjaya melahirkan seorang anak sahaja meskipun sudah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun.

“Saya tahu dia suami orang. Tetapi dia yang mencari saya kemudian meyakinkan bahawa kami boleh berkahwin dengan alasan mahukan anak.

“Sebab isteri pertama dia hanya dapat melahirkan seorang anak sahaja dan usia perkahwinan mereka telah mencecah lapan tahun. Dia mahukan anak lagi tetapi tak dapat.

“Dia juga boleh memperlakukan anak-anak saya seperti zuriatnya sendiri sekiranya kami gagal mendapatkan cahaya mata selepas berkahwin nanti,” katanya.

Bersedia untuk berpoligami, hati janda itu bagaimanapun hancur apabila kekasihnya membuat keputusan untuk berpisah selepas hubungan mereka diketahui isterinya.

“Apa yang membuatkan saya geram, isteri dia hamil selepas dua tahun kami bercinta. Tetapi dia masih meyakinkan saya bahawa kami akan tetap berkahwin.

“Jadi kami teruskan lagi hubungan sampai empat tahun. Saya sanggup bermadu dan meletakkan syarat untuk dia tidak meninggalkan isterinya selepas kami menikah.

“Tetapi 12 hari lepas dia cakap tawar hati untuk teruskan hubungan kerana isteri dia dapat tahu. Walhal dua hari sebelum itu kami keluar makan dan tak bergaduh pun,” ceritanya lagi.

@suriamalaysia

Bertepuk sebelah tangan tak berbunyi Ni bertepuk sampai ke kaki ni Bercinta dengan suami orang sampai tawar hati ? korang rasa macam mana? @ajakshiro @shuibsepahtu @surayaborhan #suriamalaysia #segalanyahiburan

♬ original sound – Suria Malaysia – Suria Malaysia

Kecewanya bukan kepalang, ibu tunggal itu berharap agar para lelaki berhenti menyakitkan hati wanita dan mengambil kesempatan terhadap insan yang lemah.

“Tolonglah jangan ambil kesempatan dekat perempuan terutamanya janda. Jangan ingat janda tak ada maruah, kalau takut bini jangan buat hal.” Tegasnya.

Baca juga: “Peniaga kecil naikkan harga sikit dah marah, tapi tak merungut pula bila makan dekat McD, KFC…”