Susulan tular video seorang suami memarahi pakcik yang menegur pemakaian isterinya sambil berkata ‘dosa dia saya tanggung’ netizen pula menasihatkan pemuda itu supaya tidak angkuh kerana dosa sendiri di akhirat pun tidak tertanggung.
Di dalam video yang tular itu seorang si suami seolah-olah berang apabila pemakaian isterinya ditegur oleh seorang lelaki dipercayai dalam sebuah acara pelancongan di Dataran Nilai, Seremban.
Menerusi satu muat naik rakaman di aplikasi TikTok, wanita tersebut lega apabila suaminya terus bersemuka dengan lelaki itu selepas mengadu berhubung cara teguran berkenaan.
Ramai yang berpandangan teguran pakcik berkenaan adalah sebagai tanggungjawab dia sebagai orang Islam dan mengingatkan suami itu jangan terlalu cakap besar.
Bahkan ada yang berpandangan si suami sepatutnya berterima kasih dengan pakcik itu kerana menegur isterinya bukannya tengking seperti itu.
Bagaimanapun si isteri menzahirkan rasa kagum dengan sikap suaminya apabila terus bertindak ‘sound’ pakcik berkenaan.
“First time nampak suami I marah orang macam ni. I terkejut terus dia pergi sound lelaki tu lepas I bagitahu dia.
“Time ni I rasa bangga jap sebab nampak suami I gentleman sangat bila orang kacau bini dia. Love you sayang,” kata isterinya.
Menurut wanita itu, dia tiada niat membuatkan orang ramai mengecam lelaki terbabit tetapi kurang selesa dengan cara pandangan yang didakwa seperti ‘lelaki gatal’.
Bagaimanapun, wanita terbabit memohon maaf sekiranya tindakan dia dan suami dianggap biadab selain mengakui belum sempurna dalam usaha menutup aurat.
Baca juga: Buang sampah merata-rata dalam stadium, mentaliti penyokong Kelantan FC jauh ke belakang