Malaysia Dateline

Jangan bebani rakyat dengan kenaikan harga tiket feri ketika PKP

Rakyat yang sedang sedang berdepan dengan masalah ekonomi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan kerana Covid-19 tidak sepatutnya dibebani dengan kenaikan harga tiket feri.

Pengerusi AMANAH Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kesan kenaikan harga tiket feri akan menyebabkan harga barang khususnya dari Langkawi akan turut naik.

Pengerusi AMANAH Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi

“Kos penghantaran barangan juga di jangka turut naik menyebabkan harga barang dari Langkawi atau masuk ke Langkawi naik menyebabkan kos hidup rakyat terbeban.

“Langkawi banyak mengimpot buah-buahan, sayuran serta bahan binaanan dari luar,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Tambahnya, rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan tidak dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas teruk untuk dipulihkan semula terutama sektor pelancongan dan yang berkaitan dengannya.

“Akhirnya kerajaan secara tidak prihatin dengan kesulitan rakyat melayani tauke-tauke feri yang sepatutnya mengorban sedikit keuntungan mereka,” ujarnya.

Terdahulu, kerajaan Kedah telah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan mengenai cadangan kenaikkan harga tiket feri Langkawi dan sedang menunggu persetujuan Kabinet.

Menurut EXCO Pengangkutan negeri, Azman Nasrudin berharap sangat kabinet membuat keputusan bagi mewujudkan situasi menang-menang kepada penumpang dan juga pengusaha feri Langkawi untuk kelangsungan syarikat kerana harga tiket tidak pernah naik sejak 2007 iaitu 13 tahun lalu.

Pada masa ini, harga tiket sehala Kuala Kedah ke Langkawi ialah RM23 manakala Kuala Perlis-Langkawi ialah RM18.