Jangan biar prediabetes berlarutan

Oleh ARIF ATAN

Sewaktu ibu bapa saya dapat kencing manis pada usia lanjut (bapa pada umur lebih 80 tahun, ibu pada umur lebih 60 tahun), saya pun mula jaga kesihatan dengan lebih serius.

Sebelum itu mereka sihat saja. Saya pun berasa lega kerana sangka diri sendiri berisiko rendah untuk berpenyakit oleh kerana tiada risiko penyakit keturunan.

Disebabkan ibubapa telah menghidap diabetes, secara automatik saya turut berisiko dapat diabetes.

Tahukah anda 1 dalam 2 rakyat Malaysia tak tahu pun yang mereka ada diabetes?

Tahukah anda, pesakit diabetes akan melalui fasa prediabetes terlebih dahulu sebelum mendapat diabetes?

Dan majoriti rakyat tak mengetahui yang mereka dah ada prediabetes?

Siapakah berisiko ada prediabetes?
?Usia >45 tahun
?Berat badan berlebihan (BMI >27)
?Sejarah keluarga dengan diabetes (ibubapa atau adik beradik)
?Pernah ada GDM sewaktu mengandung
?Sejarah melahirkan bayi besar

Saya cuma ada dua faktor risiko iaitu usia dan sejarah keluarga.

Jadi, cepat-cepat saya lakukan pemeriksaan darah, nak tengok dah ada prediabetes atau belum. Saya lakukan pemeriksaan darah puasa (Fasting Blood Sugar) dan juga HbA1c.

Keputusan saya normal, namun HbA1c saya menghampiri bacaan bawah julat abnormal. Saya sedikit risau. Sikit lagi jika dibiarkan, saya bakal tergolong sebagai prediabetes.

Sebenarnya, bagus untuk tahu status sama ada dah ada prediabetes atau tidak. Kerana jika anda baru dapat prediabetes; anda masih ada masa tiga ke enam tahun untuk reverse kesihatan anda ke tahap normal, mengelakkan diabetes dan memelihara fungsi organ tubuh anda.

Jika dibiarkan prediabetes berlarutan, pastilah anda akan dapat diabetes. Maka bermulalah kerosakan organ-organ tubuh secara perlahan, apatah lagi jika diabetes anda gagal dikawal baik.

Anda berisiko mendapat serangan jantung, kegagalan buah pinggang, stroke, buta dan masalah saraf. Lebih cepat lagi jika diabetes tak terkawal kerana culas ambil ubat dan mengambil produk sampah.

Apakah diagnosis prediabetes?
?Bacaan glukos darah puasa (Fasting Blood Sugar) 6.1 – 6.9 mmol/l
?Bacaan glucose tolerance test 7.8 – 11 mmol/l
?Bacaan darah HbA1c 5.7 – 6.4 mmol/l

Jadi, sila periksa tahap kesihatan anda. Jika dah dapat prediabetes, cepat-cepatlah berbuat sesuatu dan ubah gaya hidup anda.

Lakukan perkara berikut:
?Kurangkan berat badan
?Eat clean
?Elakkan karbohidrat ringkas, lebihkan karbohidrat kompleks
?Bersenam 150 minit seminggu, minima.
?Berhenti merokok
?Elakkan pengambilan alkohol

Paling penting ingatlah, tiada jalan singkat atau produk ajaib untuk sihat. Jauhi terus produk kurus, putih dan lain-lain.