Jangan buang kulit udang! Wanita ajar cara senang nak buat ia jadi serbuk, jadi perasa tambahan makanan

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang suka perisa tambahan mesti akan beli ia di pasar raya tapi kalau nak jimat tu boleh buat sendiri sahaja di rumah.

Sekarang ni kalau dilihat di pasaran sudah ada macam-macam perasa tambahan seperti serbuk cendawan, bawang putih atau msg.

Kali ini boleh cuba pula buat perasa tambahan menggunakan udang, sesuai untuk mereka yang suka makanan Thailand atau masak makanan laut.

Ikuti perkongsian Husna Haron menerusi grup ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’ tentang cara senang buat serbuk perasa udang.

Cara ‘simple’ buat serbuk udang

Pastikan jangan buang kepala atau kulit udang, ini adalah bahan utama untuk menukar ia menjadi serbuk perasa.

Bahan-bahan:

  • Kulit dan kepala udang

Cara-cara:

  1. Pastikan basuh bersih kulit dan kepala udang dan toskan airnya.
  2. Kemudian keringkan bahan tadi menggunakan ketuhar (oven).
  3. Pastikan anda balik-balikkan kesemua bahan tadi agar ia kering dengan sekata.
  4. Keluarkan dari ketuhar dan masukkan dalam pengisar kering.
  5. Kisar ia sebanyak lima kali agar ia betul-betul halus dan masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Baca juga: Baru tahu kulit buah boleh dibuat baja, lelaki kongsi rahsia tanaman kekal subur walau pokok sudah tua