Malaysia Dateline

Jangan bungkus semua tarekat dengan label sesat

Setakat pengetahuan saya, dalam tarekat ada 4 komponen pokok iaitu Syeikh tarekat, wirid tarekat, pengikut tarekat dan amalan tarekat.

Bagi sayalah, jika syeikh tarekat menyeleweng, tetapi wiridnya warid (punya sumber yang sah), pengikutnya tidak mengikut syeikh secara membabi-buta dan tidak beramal dengan amalan sesat, tarekat itu tidak sesat.

Masalahnya ialah, kebanyakan pengikut tarekat terlalu taksub kepada syeikh sampai ke tahap percaya dan ikut apa saja cakap syeikh.

Amalan syeikh yang karut pun tetap diikuti dan dipercayai. Inilah yang berlaku kepada satu kumpulan yang kerajaan pernah ranapkan satu ketika dulu.

Dalam hal ini, pendirian saya ialah:
i. Tidak anti tasawwuf.
ii. Tidak menolak tarekat.
iii. Tidak menyertai mana-mana tarekat.
iv. Tidak anti orang tarekat.

Justeru, kerajaan perlu tegas membasmi tarekat sesat. Dalam masa yang sama mengangkat tarekat tasawuf yang benar dan sahih sebagai mekanisme pendidikan kerohanian untuk anggota masyarakat yang memilih cara itu.

Usah kerana wujud tarekat sesat dan merapu, kita membungkus semua tarekat dalam bungkusan yang dilabel sesat dan memusuhinya.

Baca Sultan Selangor titah menteri Agama dan timbalannya tidak boleh campuri urusan jawatankuasa muzakarah