‘Jangan cakap bukan-bukan, doakan yang baik-baik’, aksi budak perempuan ini menari undang perdebatan netizen

Oleh ARIF ATAN

Klip video TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan rancak menari mengikut alunan lagu dilihat mengundang perdebatan netizen termasuk peringatan agar jangan cakap yang bukan-bukan.

Banyak cemuhan dilontarkan namun dalam masa sama, terdapat juga ibu bapa yang menasihatkan orang ramai agar berlapang dada dan menyedari fasa perkembangan kanak-kanak yang masih belum baligh.

“Anak saya sebelum baligh, dia pakai apa dia suka supaya dia menkmati hari sebelum baligh. Bila pra baligh dia sudah mula ada perasaan malu.

“Sekarang dalam usia 16 tahun hampir selesai hafazannya. Anak-anak ada fasanya dan kita sebagi ibu bapa pantau dan memberi panduan. Tak perlu kritik cara orang lain besarkan anak,” nasihat Norhayati Berahim.

Hal yang sama juga ditekankan Aziz Qamanshah dan berpendapat mungkin ibu bapa kanak-kanak sekolah rendah itu pernah dilarang menari terkinja-kinja di TikTok.

“Jangan cakap yang bukan-bukan. Takut apa yang kite komen ni akan berbalik pada kita. Lebih baik doakan yang baik-baik.

“Mungkin dah dilarang tetapi tetap nak buat. Takkan nak 24 jam sentiasa pantau apa yang anak dia buat. Kita tak nampak, kita tak duduk serumah dengannya,” kata Aziz lagi.

Baca juga: Ratusan penceramah, ilmuan terobos TikTok, biar semuanya berpahala

Baca juga: Ngeri! Terbakar selepas berlanggar, wanita rentung ditemui dalam kereta